Rahsia untuk turunkan berat badan – part 1

Setelah ramai yang bertanya tentang apa yang aku sudah lakukan untuk kelihatan lebih kurus( dari 77kg ke 69kg dalam masa 2 bulan), kini aku bersedia untuk berkongsi dengan anda semua apa yang aku telah lakukan…

Jujurnya aku akui bahawa bukan mudah untuk turunkan berat badan. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan bagi memastikan semua yang diimpikan menjadi kenyataan. Satu perkataan yang paling sesuai untuk dinyatakan disini ialah Dedikasi. Dalam apa keadaan sekalipun, dedikasi yang diiring disiplin yang kuat, InsyaAllah impian kita semua boleh menjadi kenyataan.

Sedikit sejarah tentang aku. Aku bukanlah seseorg yang aktif dalam bidang sukan. sedari kecil lagi, sukan adalah perkara terakhir yang menjadi pilihan. Jika dikalangan aku ketika itu, ramai yang memilih bola sepak atau badminton tetapi tidak bagi aku. Aku lebih senang untuk tidak bersukan. Saiz badan juga sememangnya agak berisi kerana aku mmg amat ‘menghargai’ makanan. 🙂

Dan semua itu terus berterusan hingga aku berusia 24 tahun. Selepas menjalani ‘minor surgery’ untuk appendix pada bulan May 2008, berat dan selera makan aku semakin bertambah. Memang merisaukan.. Berat aku ketika itu ialah 77kg. Apa yang lebih membimbangkan ialah bila seluar dan baju aku ‘semakin kecil’.

Selepas aku habis fikir, aku putuskan untuk menyertai gym Fitness First(FF). Disinilah mulanya motivasi pada diri aku untuk memilih cara hidup yang lebih sihat.

Nak tahu lebih banyak cerita tentang menu makanan? diet pilihan, senaman dan banyak lagi? Nantikan kiriman yang akan datang…

Jumpa lagi.

hafiz mahadzir

Author: Hafiz Mahadzir

I'm Hafiz. I have a passion for food, travel and having fun. I hope to lead you to delicious and enjoyable experiences around the world. For enquiries or just to say hi, email me at hafiz.mahadzir@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.