Hi…
This writing dedicated to those yang memang nak kurus… tapi cakap saja tak akan membawa apa-apa perubahan… you should walk the talk… betul ker?hehhe
Saya akui yang bukan mudah untuk turunkan berat badan. Apa yang paling penting disini ialah kesungguhan untuk kita membuat perubahan pada hidup kita. Pernah jugak saya berdepan dengan rakan2 yang memberi 1001 helah dan sebab bahawa mereka susah untuk menurunkan berat badan kerana faktor persekitaran. Mungkin ia dan mungkin tidak. Jika ia sekalipun, janganlah kita lupa bahawa kitalah yang penentu segalanya. Jika kita pilih untuk menerima persekitaran yang negatif itu, pasti kita yang terima padahnya nnt.
Dalam masakan masyarakat melayu, diakui bahawa minyak dan santan merupakan bahan yang cukup penting. Bukan tak boleh makan, tetapi minimakan kuantiti yang diambil. jangan jadikan makanan yang berminyak dan bersantan itu sebagai hidangan utama sebaliknya jadikan ia sebagai kudapan. Dan jangan pula jadikan ia sebagai kudapan harian. Sesekali tidak menjadi masalah. Hidup kita hanya sekali, jadi tidak salah untuk kita mecuba dan menikmati keenakan makanan yang ada.
Sekarang ni saya nak kongsi sket pendapat tentang apa yang perlu dilakukan untuk kurus…
- Makan Secara terancang(5-6 kali hidangan, makanan yang tidak terlalu berat tetapi seimbang)
- Cuba elakkan makan yang tidak memberi kebaikkan pada anda(ex: keropok, kuih-muih)
- Pilih makanan seperti wholemeal @ wholegrain(ex:oat, wholemeal bread & etc)
- Beri diri anda masa yang cukup untuk ubah cara pemakanan anda. Bukan dengan mengubah pemakanan anda dalam sekelip mata. Kurangkan perlahan-lahan dan latih diri anda untuk jadi lebih berdidsiplin
- Pastikan anda melakukan senaman secara terancang. pilih 3 – 4 hari seminggu sebagai hari anda untuk lakukan senaman. 1 jam setiap sesi pasti akan mambantu anda.
Semua ini terletak ditangan anda. Tiada yang mustahil dalam hidup kita. Yang penting kita kena berusaha bersungguh-sungguh dan tanam keazaman yang tinggi untuk mengubah dari cara pemakanan yang tidak sihat kepada yang lebih baik.
🙂
hang camdek aku la?? hehe…