Tips untuk Solo Traveller

388

Pernah tak korang terfikir nak pergi somewhere? Nak buat sesuatu tanpa rasa perlu menjaga hati kawan-kawan. Bila travel secara berkumpulan ni, banyak benda yang perlu diambil kira. Memang ada diantara kita yang bernasib baik dikurniakan kawan-kawan yang sekepala. You are damn so lucky! Tapi…. tak salah kalau sesekali kita buat sesuatu di luar kebiasaan atau dengan erti kata lain “out from comfort zone’.

Secara jujur berdasarkan pengalaman Hafiz, memang akan ada cabaran perjalanan secara solo ni. Jadi disini Hafiz akan senaraikan apa persiapan yang korang boleh buat sebagai persediaan untuk perjalanan anda.

Kenalpasti Kelebihan/Kekuatan Diri

Jika anda seorang yang mudah bergaul, pilih lokasi di mana anda yakin untuk berkomunikasi di destinasi pilihan anda itu. Bahasa tempatan juga kebiasaanya mempengaruhi tahap keyakinan kita sepanjang perjalanan itu. Tapi itu bukanlah kemestian. Contohnya bila Hafiz berada di Paris. Memanglah tak tahu cakap French tetapi kita boleh guna common sense atau bahasa isyarat dan mungkin sedikit basic english sebagai panduan.

Andai itu tidak membantu keyakinan anda, lokasi di sekitar asia yang menggunakan bahasa melayu boleh dijadikan sebagai permulaan untuk mengumpul pengalaman.

Just Say NO!

Sudah menjadi kebiasaan kita di Malaysia dididik untuk bersangka baik dengan orang disekeliling kita. Berbeza bila ada bergerak secara solo. Tanpa anda sedari, ada mata yang melihat anda dari sudut berbeza. Terdapat banyak unsur-unsur ‘scam’ atau jenayah disekeliling lokasi percutian anda itu. Tips paling mudah untuk kenal pasti scam ni ialah bila ada individu yang tak dikenali menawarkan sesuatu atau berbuat baik secara berlebihan. Itulah permulaan kepada scam. Just say NO, Thank You dan teruskan perjalanan anda. Jangan biarkan diri anda terperangkap di situ. Walaupun yang datang tu seperti bayangan jodoh didalam mimpi anda, tetapi kembali lah ke alam realiti ok!he he he

Jangan Takut Untuk Bersendirian

Apa yang paling penting sebelum memulakan perjalan solo ni ialah kesediaan kita untuk bersendiri. Dont be afraid to be alone! Berjalan solo ni banyak mengajar Hafiz untuk bergaul dengan lebih ramai orang. Anda boleh mulakan perbualan dengan senyuman, Gunakan gerak hati dan sebolehnya biarlah perbualan itu dilakukan ditempat terbuka untuk mengelakkan sebarang masalah.

Pilihan Tempat Tinggal

Bergantung kepada budget percutian anda, terdapat pelbagai medium atau platform yang boleh digunakan. Disini Hafiz kongsikan sikit pengalaman menggunakan beberapa platform dan jenis penginapan yang boleh anda pilih.

  • Booking.com : Platform yang mudah. Terdapat pilihan hotel/hostel yang memberikan anda ruang untuk membuat tempahan tanpa menggunakan kad dan bayaran boleh dibuat bila ‘check in’.
  • AirBnB : Pilihan yang pelbagai. Anda boleh pilih pelbagai jenis tempat tinggal yang terdiri dari banglo, apartment dan banyak lagi mengikut kemampuan anda. Tapi secara jujur, sebelum anda membuat tempahan di sini, bacalah terlebih dahulu ‘review’ yang telah ditinggalkan oleh tetamu lain untuk mengelakkan salah faham berkenaan tempahan anda itu nanti. Konsep asal airbnb ni lebih kepada ‘homestay’ dan mungkin hari ini ia agak terlalu ‘commercial’ sebab dah ramai sangat yang berminat dengan konsep perniagaan seperti ini.
  • Couchsurfing.com : Konsep Couchsurfing(CS) ni sangat menarik. Sebab anda boleh tinggal secara percuma. Sebagai permulaan, anda perlu mendaftar masuk dan lengkapkan butir maklumat peribadi di dalam CS. Kebiasaannya ‘host’ ingin tahu serba sedikit maklumat anda sebelum menerima kedatangan anda. Dalam posting akan datang, Hafiz akan kongsi pengalaman menggunakan CS ni.
  • Hostel.com : Seperti juga Booking.com, Hostel.com adalah platform carian hostel/asrama mengikut keinginan anda.
361
With one of the crew at Astor Queensway Hostel. Totally recommend this Hostel if u are in London. Hafiz akan share details pasal hostel ni in future.

Instagram

Social media seperti Instagram boleh digunakan sebagai galeri atau travelog anda. Bagi Hafiz, SNAP & SHARE adalah kemestian didalam setiap perjalanan. Ambil peluang untuk ambil gambar yang menarik untuk tatapan & kenangan di masa depan. Cuma jangan lah terlalu banyak selfie sehingga terlupa untuk menikmati keindahan keadaan sekeliling anda.

Berhati-hati

Yang paling penting utamakan keselamatan anda. Sentiasa berhati-hati dengan persekitaran anda. Berhati-hati dengan sebarang cubaan peniouan disekeliling anda. Jaga barang-barang peribadi anda seperti HP, wallet, passport….

Itu saja buat masa ni. Apa-apa pun enjoy your trip & be safe ok!

056

 

Author: Hafiz Mahadzir

I'm Hafiz. I have a passion for food, travel and having fun. I hope to lead you to delicious and enjoyable experiences around the world. For enquiries or just to say hi, email me at hafiz.mahadzir@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.