
Hi korang. Dalam posting ni Hafiz nak share panduan pilih hostel bila travel. Bukan hostel / asrama sekolah tu ya..he he he
Ada pelbagai pendapat mengenai hostel ni. Ada yang pilih hostel sebab budget, boleh tambah kenalan dari serata dunia, kemudahan yang disediakan, lokasi dan macam-macam faktor lain. Sekarang ni dah banyak hostel yang lawa dengan harga berpatutan. Kebiasaannya bagi Hafiz, bila nak pilih hostel ni bergantung kepada keperluan pecutian tersebut. Jadi kali ni Hafiz nak share serba sikit tips dan pengalaman nak pilih hostel.
Lokasi
Ini merupakan antara perkara paling utama dalam membuat pemilihan tempat tinggal ketika bercuti. Jika anda tersilap membuat pilihan, anda mungkin perlu mengeluarkan lebih belanja untuk digunakan untuk pengankutan. Jadi buatlah pilihan dengan tepat. Kebiasaanya Hafiz akan memilih lokasi yang dekat dengan kemudahan pengankutan awam dan tidak terlalu jauh dengan pusat bandar.
Harga
“Cheaper is not always better”. Kebiasaan hostel yang terlalu murah ni keadaan bilik dan tandas agak kotor, tempat tidur yang tidak selesa dan banyak lagi. Hafiz pernah terkena di London. disebabkan tertarik dengan harga £10 tanpa berfikir panjang, Hafiz pun book lah. nasib baik solo trip masa tu Hafiz buat impromptu booking. So book satu malam je. Situasi di bilik tu sangat memeranjatkan. Bayangkan katil 3 tingkat. ya 3 tingkat. Bilik yang agak sempit dan ada satu tingkap kecil. Tapi kalau ada memang tidak kisah dan mempunyai budget yang agak terhad mungkin boleh cuba. 🙂
Review
Ambil sedikit masa anda untuk membaca komen atau review dari pengguna lain berkenaan hostel tersebut sebelum anda membuat keputusan membuat tempahan.

Free Internet
Sangat penting jika anda bercadang untuk berjimat dan tidak bercadang untuk membeli sim kad tempatan. Tidak dapat dinafikan kepentingan internet untuk solo traveler. Hotel, flight dan bas juga boleh di tempah secara talian. Saya biasa gunakan waktu sebelum tidur untuk membuat perancangan keesokan harinya, Disinilah ‘high speed internet’ menjadi sangat penting dalam memastikan anda dapat membuat perancangan yang cepat dan mudah.
Lockers
Hostel yang baik juga biasanya menyediakan lockers untuk kemudahan anda menyimpan barangan berharga anda. Ada hostel yang pernah Hafiz pergi yang ada lockers sebesar luggage beg.. memang best 🙂

Knowledgeable Staff
Ini merupakan antara kriteria yang agak penting bagi solo traveler. Bila kita travel seorang ke tempat asing, banyak persoalan yang akan timbul. Nak makan kat mana, nak pergi mana, nak buat apa…. maka disinilah mereka dapat membantu. kadang-kadang ada benda yang encik google tak boleh bantu… iaitu ‘human touch’.
Buat Tempahan
Yang paling penting ialah jangan lupa buat tempahan. Jangan terlalu stress dalam membuat pilihan. Just enjoy the journey.
Selamat bercuti!