Hatyai. Kali ni Hafiz nak share pengalaman Hafiz dan rakan-rakan ke Hatyai. Sapa kata tak boleh travel dengan budget yang kecil. Jom baca perjalanan Hafiz ke sana.
Hatyai ni merupakan antara destinasi pilihan orang Malaysia. Kaya dengan kepelbagaian pilihan makanan halal dan murah. Bestkan… Untuk ke Hatyai ni korang boleh pilih nak naik train atau bas. Bas adalah pilihan paling murah dan senang sebab ada banyak bas yg sediakan perkhidmatan terus dari Terminal Bersepadu Selatan ke Hatyai. Tapi disebabkan kawan-kawan Hafiz ni tak pernah naik train/ets so kitaorang decide naik ETS/train.
Tambang ETS dari KL Sentral ke Padang Besar ialah RM79. Hafiz nasihatkan korang beli tiket sebulan lebih awal untuk mengelakkan tiket sold out untuk masa yang anda mahukan. Tiket boleh dibeli di kaunter KTM ataupun di laman web EasyBook.
ETS ni punctual tau. Jadi sila berada ditempat kejadian tepat pada waktunya. Kami bertolak pada jam 11.22pm. Dalam ets ni ada cafe kecil yang terletak di Coach C. Boleh lah nak beli air panas atau makan sekadar alas perut. Perjalanan mengambil masa 5 jam. Kami tiba di Padang Besar sekitar 5 pagi. Jika anda mahu teruskan perjalanan ke Hatyai dengan cepat, ada servis “coach” atau van yang ada disitu. Train ke Hatyai ni cuma ada dua trip sehari. Train pagi yang kami ambil ni jam 9 pagi. Sempatlah subuh dan sarapan di cafe yang ada di Stesen Padang Besar tu. Tiket train ke Hatyai ni cuma 100baht. Memandangkan stesen ni terletak dalam kawasan Malaysia, duit RM pun dia terima.
Kami tinggal di hotel The Red Planet yang harganya lebih kurang RM130 sehari. Hotel ni terletak di pekan Hatyai. Boleh jalan kaki dari stesen Hatyai. Dalam 10 minit jalan kaki. Selesa, bersih dan ruang yang agak luas dalam bilik dengan harga yang dibayar. Hotel ni dulunya Tune Hotel. Very basic unit tapi kami puas hati. Di sekitar hotel ni terdapat beberapa kedai makanan halal. Kebanyakkan orang disini boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu.
Di Hatyai ni attraction dia jauh sikit dari pekan, jadi anda perlu gunakan Tuk Tuk lah untuk bergerak. Harga tuk tuk di sini tak semahal macam di Bangkok.
Kami ke sana 3 hari je. Hafiz listkan tempat-tempat yang kami sempat pergi:
- Khlong Hae Floating Market : Ni memang ah wajib pergi sebab makanan kat sini sedap, murah, banyak pilihan dan yang paling penting yang jual atas boat tu semua halal.
- Asean Trade Bazar :best jugak. Ada jual baju-baju semua tu. Tapi kitaorg terus pergi food court jer. Serious makanan kat sini pun sedap jugak dan banyak kedai yang halal.
- Hatyai Municipal Park
- Chang Puak Camp Hat Yai
- Night Market Hatyai
- Lee Garden Plaza : Terdapat pelbagai gerai makanan halal di sekitar. Ada satu gerai jual nasi lemak sambal lada hitam. Serious sedap 🙂






Kami pergi tempat-tempat yang masuk percuma jer. Cuma makanan yang nak masuk dalam perut tu kenalah bayar ya. Sedikit tips utk ke Khlong Hae Floating Market ianya dibuka dari Jumaat – Ahad. Tambang tuk tu sekitar 200baht.
Dari Hatyai, kami tempah taxi untuk ke Padang Besar sebab semua dah kepenatan. Tambang untuk satu taxi tu dalam 800baht. Oklah untuk 4 orang dan kami semua dah penat berjalan. Untuk ke stesen keretapi Padang Besar, kami perlu melalui imigresen Thai & juga Imigresen Malaysia. Kena berjalan lah sikit.

Hatyai ni satu destinasi yang simple tapi sangat memuaskan hati. Mungkin sebab enjoy makan makanan yang sedap dengan harga yang murah.
Oklah semua.. nanti Hafiz share lagi ok.
Kalau korang suka posting ni, bolehlah belanja Hafiz minum kopi di link di bawah ni ya. Apa2 pun perkongsian ni dapat bantu memudahkan perjalanan korang ya….