6 Tempat Makan Best di Penang

Orang kata kalau nak tau makan apa yang best kat satu tempat tu kena tanya local kan. Memandangkan Hafiz ni memang anak jati Penang, so rasa layak lah jugak nak share serba sedikit apa yang best nak makan kat Penang ni. Tapi lain orang lain citarasa dia cuma tujuan Hafiz share ni dapat lah bagi korang sedikit gambaran apa yang boleh korang cuba kalau ke Penang ok.

Ramai orang selalu tanya apa yang best. Nak makan apa. Ok Hafiz nak share 6 yang terbaik.

  1. Nasi Kandar Pokok Ceri : Ni antara yang saya paling suka lah. Terletak di jalan Air Itam. Gerai ni terletak di kawasan perkarangan masjid Datuk Keramat. Kuah dia memang terbaik. Kalau nak makan nasi tomato, boleh pergi hari Jumaat, Sabtu & Ahad. Pun terbaik jugak.IMG_20180111_103709.jpg
  2. Astaka Taman Tun Sardon : Temat breakfast paling best kat Penang. Korang boleh letak tepi lah bfast kat hotel tu… breakfast kat sini 10 kali lagi sedap. he he he Astaka ni dah ada dari zaman Hafiz sekolah dulu. Biasanya arwah bapak akan belikan weekend breakfast kitaorg kat sini. Antara menu yang special kat sini ialah Nasi Lemuni, Nasi Kacang(warna kuning), Serabai, Tosei dan banyak lagi…(meleleh air liur sambil type ni..heheh)
  3. Nasi Kandar Kampung Melayu : Beroperasi dari 7 pagi sampailah tengahari di Blok A Flat Kampung Melayu, Air Itam. Kuah ikan & daging ni memang terbaik. Aunthentic.
  4. Roti Canai Argyll Road : Restoran ni dah dibuka dari tahun 1955. Kat sini orang akan makan roti canai double letak daging. Kuah banjir. Terbaik. Nasi kandar dia pun sedap tapi cepat abis lah.
  5. Mee Sotong Hameed Pata : Mee ni memang lain dari yang lain. Mee ni nampak macam mee goreng mamak yang lain, cuma keistimewaan dia tu bila di gaul dengan sambal sotong dia tu. Memang melelah lah air liur korang kan. Sedap! Pedas yang tak boleh stop makan..hehe
  6. Kedai Kopi Bee Hwa :  Selepas dah cuba segala yang pedas-pedas & berempah tu, apa kata korang cuba chinese street food lak. oh ya sini la satu2nya kedai yang ‘pork free’. Memang terkenal dikalangan orang melayu Penang. Lokasi dia berdepan dengan Ibu Pejabat Polis Kontigen Pulau (IPK Pulau Pinang). Kedai Kopi Bee Hwa ni mmg dah terkenal dengan Char Koar Teow dia yang sangat sedap tu. Hokkien Mee & Mee kari dia pun sedap jugak. Untuk pastikan ada tempat duduk, silalah pergi sebelum jam 12 tengahari ya.
bee-hwa-cafe-george-town-penang-exterior-02
Photo Credit to “HungryGoWhere”.

Inilah antara check list setiap kali balik Penang. Nanti in future, Hafiz tambah gambar dalam ni ya. 🙂

20190213_153901_0001

Author: Hafiz Mahadzir

I'm Hafiz. I have a passion for food, travel and having fun. I hope to lead you to delicious and enjoyable experiences around the world. For enquiries or just to say hi, email me at hafiz.mahadzir@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.