Cara Atasi Takut atau Risau untuk Travel

10349604_319763141561812_913052261_n

Takut? Risau? Inilah antara penyumbang kepada ramai diantara kta yang kadang-kadang tu tak ke mana-mana.

Hafiz nak share dengan korang apa yang korang boleh buat untuk hilangkan atau kurangkan sedikit rasa takut/risau tu. Tapi sebelum tu kita kenal pasti faktor-faktor penyumbang kepada rasa takut ni…

  • takut untuk mengeluarkan kos perjalanan yang tinggi/budget tak cukup
  • takut untuk meninggalkan komitmen sedia ada
  • takut tak dapat buat kawan(terutama kalau solo travel)
  • takut tak dapat mengawal keadaan atau kemungkinan yang mungkin akan berlaku

Rasa takut ni lah ramai yang sanggup tak pergi mana-mana. Banyak sangat rasa takut. Rasa takut ni tak salah cuma jangan keterlaluan. Hafiz akui masa first time nak travel ke Europe dulu tu memang lah ada rasa takut. Dah lah solo pulak tu kan. Walaupun dah buat pelbagai persediaan, rasa nerves tu tetap ada.

Jom kita cuba kurangkan sikit rasa takut yang keterlaluan tu.

  1. Bukan korang je yang travel oversea : betul tak statement ni? ramai je orang lain yang travel dan pulang dengan selamat. Mungkin ada satu dua kisah yang tak berapa nak menarik, tapi itulah namanya pengalaman. Ada banyak blog yang korang boleh amik tips untuk memudahkan perjalanan anda. Untuk memudahkan perjalanan, boleh tanya dengan orang2 tempatan jika perlu. Buat kawan baru.
  2. Tiket dah beli : So apa lagi yang nak difikirkan? Teruskan je perjalanan korang. Belum cuba belum tahu kan.. There is always first time for everything. So teruskan jer perjalanan korang tu. Percayalah semuanya akan berjalan lancar ok.
  3. Yakin pada diri sendiri : Ni part yang paling penting bagi semua traveller. Solo atau berkumpulan, keyakinan ni sangatlah penting. Lepas korang dah buat research/bacaan pelbagai blog travel yang ada, sekurang-kurangnya mesti korang dah ada idea nak buat apa. Teruskan dan tak perlu ragu-ragu dengan kemampuan diri korang ok.
  4. Komitmen : ok ni penting juga untuk anda uruskan sebelum bertolak. Contohnya kalau ada kucing kat rumah tu, silalah buat ‘arrangement’ yang sepatutnya beberapa hari sebelum anda bertolak. Jangan buat last minit tau.
  5. Kumpul duit dan buat perancangan kewangan : Duit ni memanglah perkara paling penting untuk travel. Jadi buat perancangan percutian tu lebih awal supaya boleh kumpul duit. Korang jugak boleh pilih aktiviti yang bersesuaian dengan kemampuan. The whole idea of travelling is to gain experience.
  6. Travel Insurance : Jangan pandang ringan pada insurance ni ya. Sediakan payung sebelum hujan. Banyak pilihan insurance yang ada. Airlines pun biasanya ada sediakan insurance untuk korang beli.
  7. Semuanya akan OK : Ingat baik-baik tau. Jangan terlalu fikir benda yang bukan-bukan. You can do it!

Stay positive and becareful all the time.

Selamat bercuti.

 

Author: Hafiz Mahadzir

I'm Hafiz. I have a passion for food, travel and having fun. I hope to lead you to delicious and enjoyable experiences around the world. For enquiries or just to say hi, email me at hafiz.mahadzir@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.