Singapura. Bila last korang bercuti di Kota Singa ni? Hafiz nak share dengan korang apa yang korang boleh buat di Singapura dengan budget yang terhad. Secara amnya kita tahu matawang S$ ni lebih kurang 3 kali ganda RM. Bererti besarlah peruntukkan percutian tu. betul tak?
Untuk perkongsian July ni, Hafiz pilih Singapura sebagai tema untuk perkongsian. Dari perancangan perbelanjaan, tempat percuma yang korang boleh visit, aktiviti yang mesti buat di Singapura, lokasi makanan halal yang terbaik dengan harga berpatutan dan banyak lah lagi.
Apa keistimewaan Singapura ni? Bergantung kepada minat korang. Macam Hafiz ni memang seorang yang suka kepada reka bentuk/’architecture’ sesebuah bangunan. Jadi Singapura ni adalah destinasi terdekat dari KL untyuk cuci mata. Ramai arkitek berlumba2 buat design yang lawa dan menarik disekitar Singapura ni. Nanti dalam posting yang akan datang Hafiz akan share dengan korang semua.
Satu lagi yang paling warga Singapura boleh dibanggakan ialah kemudahan ‘public transport’ diorang. Memang terbaik. Semuanya Hafiz akan kongsikan secara terperinci dalam posting akan datang ya.