5Footway.inn Boat Quay, Singapura…

Posting kali ni Hafiz nak review pasal 5Footway.inn Boat Quay. Selling point 5Footway.inn Boat Quay ialah location dia yang terbaik. Korang boleh jalan kaki jer untuk ke Esplanade, Marina Bay Sands, Garden By The Bay & Chinatown.

Ok. Sebelum Hafiz cerita lebih details apa yang ada sekitar 5Footway.inn ni, jom kita kenal sikit latar belakang 5Footway.inn. 5Footway.inn ni ada 3 outlet di Singapura ni iaitu 5Footway.inn Boat Quay, 5Footway.inn Chinatown & 5Footway.inn Ann Siang. Tiga outlet ni terletak di kawasan2 yang strategik dan paling penting dekat dengan MRT.

Jom kita kenali 5Footway.inn Boat Quay ni. Disini ada pilihan sama ada ‘private room’ atau ‘dormitories’. Di 5Footway.inn ada ‘terrace’ dengan view Marina Bay Sands & Parliament House. Bolehlah korang rilex2 tengok view Singapura with zero cost..heheh Stesen MRT terdekat ialah Clarke Quay. Bila sampai di Stesen Clarke Quay ni cari exit ‘Boat Quay’. Keluar dari stesen tu, cari susur ke tebing sungai. Untuk memudahkan perjalanan, gunalah google maps untuk mengelakan korang buang masa sesat mencari jalan.

IMG_20180707_152650
Lobby 5Footway.inn Boat Quay
5 footway inn
Bilik ni boleh accomodate hingga 3 orang. Harga lebih kurang RM300/night
cof
view dari terrace kat 5Footway.inn ni. Terbaik tak?
gallery_2_big-2
Common area di 5Footway.inn

Kalau anda seorang solo traveller yang ada budget yang terhad, di 5Footway ni ada pilihan untuk tinggal dalam dorm dengan harga bermula dari RM80/night. Untuk tempahan korang boleh ke 5footwayinn.com

Khas untuk pembaca blog ni, Hafiz nak bagi promo code untuk korang guna. Anda cuma perlu guna code “HM10” dan email ke marketing@5footwayinn.com untuk dapat 10% discount. Promo code ni valid from now til end of January 2019. Jadi cepat2 lah buat tempahan ok?

Hafiz harap dengan serba sedikit perkogsian ni boleh bagi orang idea untuk korang buat pilihan di Singapura ya.

Nantikan Hafiz update untuk pilihan makanan Halal & murah ya.

Author: Hafiz Mahadzir

I'm Hafiz. I have a passion for food, travel and having fun. I hope to lead you to delicious and enjoyable experiences around the world. For enquiries or just to say hi, email me at hafiz.mahadzir@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.