Bas Dari JB Sentral Ke Singapura

Pernah tak korang plan nak ke Singapura dengan menaiki bas? Kali ni Hafiz nak share cara untuk ke Singapura dan JB Sentral/JB CIQ dengan menaiki bas.

Baru2 ni Hafiz ada urusan di Johor Bahru. Seperti biasa bila kena ke JB dan kebetulan dah nak weekend, Hafiz decide untuk terus ke Singapore sebab dah lama tak ke sana.

cof
Ni lah traffic weekend kebiasaanya. Dont worry.. tak lama mana pun…

Sebenarnya tak susah pun untuk ke Singapura dengan menaiki bas. First, bila dah sampai kat JB Sentral, cari arah untuk ke CIQ. Tak susah nak cari sebab banyak sign board dan orang pun ramai yang berjalan ke arah CIQ ni. Bila dah sampai CIQ ni terus jer sampai ke imigresen. Lepas dah settle semua urusan pasport, terus ke stesen bas yang terletak di tingkat bawah.

Bila sampai kat bawah tu, anda akan nampak tempat menunggu untuk bas Causeway Link (CW2). Sila beratur dan naik lah bas ni ya. Tambang ialah RM3.60. Bas ni akan membawa korang melalui tambak Johor. Setibanya di Woodlands, korang kena keluar bersama beg2 korang untuk melalui Imigresen Singapura. Ok bab ni korang kena cepat lah sket sebab nak kena kejar bas yang korang naik tadi. Lepas dah selesai urusan imigresen, macam kat JB jugak. Kena turun tangga untuk ke stesen bas. Cari bas yang korang naik tadi. Andai kata bas tu dah terlepas, beratur jer macam biasa. Nanti tanya dengan uncle(dia akan pakai baju causeway link) yang jaga kat situ untuk naik bas seterusnya. Kebiasaannya diorg lepas je naik tanpa sebarang charge.

cof
Ni lah dia bas Causeway Link tu ya…

Ok sebab saya pilih bas CW2 ni sebab last station di Queen Street. Queen Street ni dekat dengan Stesen MRT Bugis. Selain dari tu ia juga dekat dengan Masjid Sultan. So kalau2 rasa nak terus makan, boleh lah cari direction ke Mesjid Sultan. Disinilah terletaknya Restoran Zam Zam yang famous tu. Banyak kedai2 makan yang halal di sini. Boleh korang makan tanpa was was.hehehe

Senangkan? Kalau ada sebarang pertanyaan bole lah tanya ya.

 

Author: Hafiz Mahadzir

I'm Hafiz. I have a passion for food, travel and having fun. I hope to lead you to delicious and enjoyable experiences around the world. For enquiries or just to say hi, email me at hafiz.mahadzir@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.