Setiap kali kita tengok posting percutian rakan-rakan kita di FB mesti kita terdetik macamanalah diorang ni kumpul duit pergi sana sini. Betul tak? Yang penting kita perlu sentiasa ada persepsi bahawa bercuti adalah satu permbaziran. Bercuti ni adalah satu pelaburan jangka panjang.
Hafiz ada beberapa tips yang korang pertimbangkan untuk pergi bercuti. Percutian budget bukanlah bererti semuanya murah. Yang penting korang perlu tahu beberapa tips ni untuk korang pergi bercuti. Jom kita tengok apa yang boleh korang explore:
‘Play tourist’ / ‘Staycation’
Paling mudah. Tiada pasport atau flight ticket diperlukan. Apa yang korang perlukan ialah sedikit wang untuk makan untuk korang belanjakan sepanjang perjalanan. Secara amnya play toursit ni di lakukan di kawasan tempat tinggal kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang tinggal di Kuala Lumpur. Pernah tak korang tahu bahawa dekat KL Tower ni ada Canopy Walk yang boleh di kunjungi secara PERCUMA? Dari KL Tower, korang boleh jalan2 di kawasan sekitar. Seperti Petaling Street, Central Market dan banyak lagi.
Senangkan? Jadi dimana & apa saja keadaan kewangan korang, percutian bukanlah sesuatu yang mustahil.

Tips : Check in Hotel / Hostel / AirBnb atau apa saja pilihan mengikut budget korang. Ni part yang paling penting untuk play tourist/staycation ni. Kadang2 kita perlu berada di luar comfort zone dan buat sesuatu yang luin dari rutin harian.
Cuti-cuti Malaysia
Di Malaysia ni kita ada banyak destinasi yang menarik yang kita selalu terlepas pandang. Kita ada pulau yang cantik, bandar baru & lama yang cantik, destinasi makanan yang best, taman negara yang hebat dan banyak lagi. Sebagai contoh, kita ada KLCC, Gunung Kinabalu, Melaka, Pulau Pinang dan banyak lagi.
Semua destinasi ni kita boleh lawati tanpa mengeluarkan kos yang tinggi. Tourism Malaysia ada senaraikan tempat-tempat yang korang boleh pergi.
Cuti-cuti Sekitar Asia
Kebanyakkan dari kita sedar setiap kali kita buat keputusan untuk bercuti, perkara yang paling dirisaukan ialah kos. Dari segi penginapan, tiket, perbelanjaan dan banyak lagi. Terutamanya bila melibatkan nilai matawang sesebuah negara. Matawang negara jiran seperti Thailand & Indonesia masih berada di tahap yang hampir sama dengan Ringgit Malaysia(dari segi nilai). Jadi untuk bercuti di kedua negara ini masih boleh dilakukan sekurang-kurangnya setahun sekali.
Tempahan Awal Atau ‘Last Minute’
Harga tiket penerbangan & hotel adalah sesuatu yang sukar untuk dijangka. Korang boleh buat tempahan awal atau last minute. Hafiz pernah dapat flight tiket KL – Paris – KL dengan hanya RM1700. Semua ni tak mustahil cuma korang kena rajin lah buat homework. Kadang-kadang tiket last minute ni pun murah. Hotel pun macam tu jugak.
Tips : Kena rajin buat semakan harga sebelum membuat tempahan…
Tempat-tempat Percuma
Satu lagi yang boleh korang buat untuk berjimat ialah pergi ke tempat-tempat yang percuma. Korang boleh google “free attraction around the city”. Setiap negara mesti ada banyak lokasi2 menarik yang percuma untuk dilawati.

Apa pun yang paling penting ialah rancang perjalanan anda sebaiknya mengikut budget korang ok. Paling penting kena ingat bahawa budget trip tak semestinya korang kena jadi kedekut ok.he he he