Apa itu Louvre?

IMG_2340.JPG

Posting kali ni Hafiz nak share pengalaman ke Louvre Museum di Paris. Muzium ni merupakan muzium terbesar di dunia. ya, terbesar yang boleh anda bayangkan. Dengan keluasan 652,300 kaki persegi dan menempatkan lebih dari 35,000 objek dari zaman pra sejarah hinggalah ke abad ke-19.

IMG_2363

Muzium ini pada asalnya ialah terletaknya didalam kawasan Istana Louvre. Kawasan ini Merupakan kawasan kubu yang di bina pada abad ke-12 oleh Raja Philippe 2. Peninggalan kubu ni masih lagi dapat dilihat di bahagian bawah tanah muzium. Bangunan ini telah diluaskan beberapa kali untuk membentuk Istana Louvre yang ada hari ini.

IMG_2341

Pada 1672, Raja Louis XIV telah memilih Istana Versailles sebagai kediamannya menjadi Lourve sebagai tempat mempamerkan barangan diraja. Sewaktu Revolusi Perancis, Perhimpunan Perlembagaan Kebangsaan telah memutuskan Louvre dijadikan muzium karya agong Perancis. Muzium ini dibuka pada 10 Ogos 1793 dengan mempamerkan 537 lukisan, kebanyakan karyanya dirampas dari gereja dan hak milik diraja. Kesan dari masalah struktur bangunan, muzium ditutup pada 1796 hingga 1801.

Saiz pengumpulan bertambah di bawah pemerintahan Napolean dan dinamakan semula sebagai Musee Napoleon. Selepas kekalahan di Waterloo, kebanyakkan barang yang dirampas tentera Napoleon dipulangkan kepada pemilik asalnya. Pengumpulan dimulakan semula dan bertambah selepas Louis XVII & Charles X.

IMG_2339

Sehingga ke hari ini terdapat pelbagai koleksi dari Purba Mesir, Purba Timur , Purba Greek, Etruscan, Purba Rom, Kesenian Islam, Arca dan banyak lagi.

Setakat ni jer lah perkongsian Hafiz tentang Louvre ni. Kalau nak tahu banyak lagi, silalah pergi ke Louvre ya. Rugi kalau ke Paris tapi tak pergi ke Louvre.

 

 

 

Author: Hafiz Mahadzir

I'm Hafiz. I have a passion for food, travel and having fun. I hope to lead you to delicious and enjoyable experiences around the world. For enquiries or just to say hi, email me at hafiz.mahadzir@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.