Cara Untuk Ke Henderson Waves

1530955697375Henderson Waves merupakan jambatan untuk laluan pejalan kaki yang tertinggi di Singapura dengan ketinggian mencecah 36 meter di atas Henderson Road. Jambatan ini menghubungkan Mount Faber dan Teluk Belangah Hill Park.  Jambatan ini dibuka kepada umum pada tahun 2018 dan tiada sebarang bayaran dikenakan untuk anda menyeberangi jambatan ini. Sangat terkenal dikalang masyarakat tempatan sebagai salah sebuah lokasi riadah pada waktu petang sambil melihat keindahan kawasan sekitar.

Cara untuk ke Henderson Waves

Memandangkan perjalanan Hafiz ke Singapura kali ni secara solo dan Hafiz dah beli Tourist Pass jadi kenalah guna sampai rasa berbaloi.he he he mengikut bacaan & informasi yang Hafiz dapat sebelum ni, kebanyakkannya agak mengelirukan. Berikut adalah pengalaman Hafiz sendiri yang boleh korang ikut serba sedikit untuk memudahkan perjalanan korang nanti.

Naik MRT menuju ke Stesen MRT Harbour Front. Bila korang keluar dari stesen MRT ni, korang akan memasuki Vivo City. Vivo City ni agak besar jadi tarik nafas dan cuba cari ‘Exit C’ untuk ke kawasan hentian bas yang terletak di luar Vivo City ni. Naik bas 131 atau 145. Kalau tak silap Hafiz tambang bas sekitar $1 – $2. Pastikan korang tak tertido dalam bas. Bila bas masuk ke Henderson Road, turun di hentian yang kedua di Henderson Road. Dari hentian ni korang dah boleh nampak jambatan ni. Sila lintas jalan dan naik tangga untuk ke atas. Bawalah air mineral jika perlu kerana aktiviti ni perlukan sedkit kekuatan fizikal. Tapi berbaloi dengan pemandangan & pengalaman yang korang akan dapat bila ada di atas nanti.

1530955905793

Latar Belakang Henderson Waves

Jambatan ini dinspirasikan ombak dan menggunakan bongkah kayu membentuk seperti ombak. Sangat unik & cantik. Jambatan ini di reka oleh IJP Corporation London dan RSP Architects Planners & Engineers. Dirasmikan oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan dirasmikan pada 10 Mei 2008.

1530955694324

Jadi untuk trip anda ke Singapura nanti, jangan lepaskan peluang untuk kesini ok.

 

 

 

 

Author: Hafiz Mahadzir

I'm Hafiz. I have a passion for food, travel and having fun. I hope to lead you to delicious and enjoyable experiences around the world. For enquiries or just to say hi, email me at hafiz.mahadzir@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.