Review W Bangkok

31255904_166912997474808_7662104008319827968_n

Bangkok adalah antara destinasi pilihan Hafiz. Sekurang-kurangnya sekali didalam setahun, Hafiz akan ke Bangkok. Apa istimewanya Bangkok ni? Pastinya pilihan makanan yang pelbagai, syurga membeli belah dan pastinya pelbagai hotel terbaik disekitarnya dengan harga yang sangat kompetetif. Untuk posting kali ni Hafiz nak cerita pengalaman di W Bangkok Hotel.
Untuk tahun 2018, ini merupakan pengalaman Hafiz yang ke 3 di W Bangkok. Seperti hotel-hotel W yang lain(Hafiz pernah berpeluang menginap di W Singapore & W Hongkong), W Bangkok membawa sedikit kelainan dengan memberi sentuhan tradisi Thai dalam rekaan dalamannya. Dari hiasan di lobby sampailah ke bilik tidur, korang akan nampak pengaruh rekaan dari budaya masyarakat Thai.
Pengaruh Thai dalam rekaan dalaman W Bangkok ni boleh dilihat dengan jelas dan dilakukan dengan amat teliti dan sangat baik tanpa menjejaskan elemen urban moden yang selalu dikaitkan dengan konsep W hotel itu sendiri.
Chandelier yang terdapat di lobby W Bangkok
inspirasi dari uncang plastik air…
Jika ini kali pertama anda mendengar nama W hotel ni, W hotel pertama di buka pada tahun 1998 iaitu W New York. Sehingga ke hari ini ada lebih dari 80 buah W hotel di seluruh dunia Dari segi konsep, W cuba membawa huruf W kemana saja di dalam hotel ini. Sebagai contoh kawasan kolam renang di panggil Wet dan concierge/service express pula dipanggil “Whatever Whenever”.
cuba korang tengok sentuhan bantal di atas katil yang membawa unsur seni Muay Thai
Lokasi? W Bangkok terletak di Sathorn. Berdekatan kawasan terkenal seperti Silom. Stesen BTS/Train terdekat ialah Chong Nonsi. 5 minitt jer kalau jalan kaki. Dalam perkongsian akan datang nanti Hafiz akan kongsi apa yang korang boleh dapat di sekitar Sathorn/Silom ni.
Kat Bangkok ni ada terlalu banyak pilihan mengikut budget korang. Dari pilihan hostel sampai lah ke hotel mewah. Biasanya dalam setahun tu kadang-kadang memang Hafiz spend lebih sket untuk reward diri sendiri. Bila dalam mode nak reward diri, mesti nak cari pilihan hotel yang best sket kan. Hafiz rasa kalau di Bangkok ni, W Bangkok adalah antara yang terbaik.
Tiga sebab utama kenapa Hafiz pilih W Bangkok ialah:
1) Lokasi. Pusat bandar & dekat dengan train
2) Harga. Sentiasa menawarkan harga yang kompetitif
3) Servis. Semua staff kat sini well verse english. Senang nak berkomunikasi 🙂
Lepas ni kalau korang nak ke Bangkok dan ada budget lebih sikit, bolehlah consider W Bangkok. Memandangkan W Bangkok ni dekat dengan BTS train station, korang bolehlah naik train kalau nak pergi cari makanan Halal di Bangkok.
Next posting Hafiz akan share coffee place yang best sekitar Bangkok ya.
30841811_585165698528202_9205704225026211840_n

Author: Hafiz Mahadzir

I'm Hafiz. I have a passion for food, travel and having fun. I hope to lead you to delicious and enjoyable experiences around the world. For enquiries or just to say hi, email me at hafiz.mahadzir@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.