Cara Untuk Jimat Semasa Bercuti

22426806_535726520103148_587197131161337856_n

Pernah tak korang terfikir macamana nak berjimat masa travel? Macam korang2 jugak, Hafiz pun sama. Bagi yang suka travel solo macam Hafiz ni, orang kata susah atau mustahil nak berjimat.

Bila kata berjimat pula ada yang beranggapan bahawa kena makan maggi atau catu makanan. Apa pun kategori korang, kat sini Hafiz kongsi serba sikit pengalaman Hafiz masa travel.

1. Flexible dengan tarikh penerbangan :

Harga tiket ni diakui memang akan mempengaruhi jumlah kos percutian korang. Buatlah pilihan bijak dengan beli tiket yang murah. Ambil sedikit masa & pilih tarikh yang menawarkan harga terendah. Hafiz selalu semak harga dengan SkyScanner.

*note : Dalam kes ni korang kena flexible untuk travel awal pagi atau dipertengahan minggu.

2. Tempah hotel/hostel lebih dari satu malam :

Kebiasaanya hotel/hostel akan bagi harga istimewa untuk tempahan lebih dari satu malam. Tempahan awal @ last minute. Bergantung kepada nasib korang lah kalau last minute ni. Tapi kadang2 memang ada hotel/hostel yang suka bagi last minute deal.

3. Hostel atau guesthouse :

image001_54_990x660_201406020140.jpg

Untuk solo traveler yang memang nak berjimat, boleh pertimbangkan pilihan ni. Tapi sebelum buat tempahan baca dulu review2. Boleh manage expectation korang nanti.

4. Travel waktu malam :

Yang ni boleh jimat kos penginapan korang. Sebagai contoh masa Hafiz travel dari London ke Glasgow dengan menaiki bas. Lebih kurang 12 jam perjalanan tapi memang jimat. Tambang bas dalam 10pound je. Cuma mental kena kuatlah sebab tido duduk memang memenatkan.

5. Jalan kaki selagi terdaya :

IMG_2828

Anggap macam senaman lah ya. Jalan kaki ni merupakan cara terbaik kalau korang plan nak mengenali satu lokasi yang korang visit. Korang kena buat research sikit dan rajin bertanya. Sekarang ni dah macam2 apps seperti google maps untuk memudahkan perjalanan.

6. Brunch

Yang ni memang Hafiz selalu buat. Biasanya Hafiz akan ambil light breakfast macam buah atau cereal & kopi sebelum keluar dari hotel/hostel. Sekadar alas perut untuk brunch. Kebanyakkan restaurant biasanya akan menawarkan set lunch dengan harga jauh murah berbanding dinner. Ambil peluang untuk menikmati makanan tempatan.

7. Picnic / Sediakan makanan sendiri

Biasanya kebanyakkan pasaraya besar di bandr2 besar akan bagi diskaun up to 50% setiap hari sebelum diorg tutup kedai. Pergi lah tengok2 apa yang boleh di beli. Bole lah korang picnic sambil snap gambar cantik kat park2 yang ada disekitar.

8. Free stuff

Buat home work & cari apa aktiviti2 yang korang boleh buat di destinasi yang korang nak bercuti.

123.jpg

Apa yang paling penting travel ni adalah tentang pengalaman dan memori yang akan diingati. Buat homework serba sedikit sebelum korang travel. Boleh juga tanya pengalaman kawan2 yang pernah travel ke destinasi pilihan korang tu atau mungkin boleh cari group2 travel dalam facebook.

Semoga perkongsian ni sedikit sebanyak dapat bantu korang plan untuk bercuti.

 

 

Author: Hafiz Mahadzir

I'm Hafiz. I have a passion for food, travel and having fun. I hope to lead you to delicious and enjoyable experiences around the world. For enquiries or just to say hi, email me at hafiz.mahadzir@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.