Jika ini merupakan kali pertama korang menjejaki kaki ke Bangkok, posting kali ni mungkin dapat membantu memudahkan perjalanan korang. Ada pelbagai jenis pilihan untuk korang gunakan. Jarak dari Suvarnabhumi Airport ke pusat bandar Bangkok ialah lebih kurang 30km.
Airport Rail Link
Ini merupakan pilihan yang paling cepat. Tetapi bergantung kepada lokasi hotel korang jugak lah nanti. Untuk memudahkan perjalanan korang, pilih lah hotel/hostel yang dekat dengan stesen train/BTS/MRT. Train station ni terletak di Basement B.
Masa Perjalanan : 25 – 30 minit
Kos : 45 baht
Masa perkhidmatan : 6.00pagi – 12tghmalam setiap hari
Grab/Teksi

Pilihan paling mudah untuk ke hotel penginapan korang. Cuma seperti kita sedia maklum dengan kesesakan lalulintas di Bangkok, korang mungkin akan mengambil masa lebih dari 1 jam untuk tiba ke hotel/hostel.
Masa Perjalanan : 40 – 1 jam(bergantung pada traffic)
Kos : Anggaran 350baht – 500baht
Masa perkhidmatan : 24 jam
Public Van
Ini merupakan perkhidmatan paling murah yang boleh korang cuba. Korang boleh tunggu Public Van ni di Pintu 1 & Pintu 8 yang terletak pada Aras 1.
Masa Perjalanan : 45 – 55 minit (bergantung pada traffic)
Kos : 40 baht
Masa perkhidmatan : 5.00pagi – 10.00malam
Harap panduan ni dapat membantu korang buat pilihan & rujukan perjalanan nanti.