Panduan Pengangkutan Awam di Bangkok

399.jpg

Bangkok merupakan salah sebuah bandar yang memiliki sistem pengangkutan yang terbesar didunia. Pengangkutan awam disini terdiri yang di darat, di udara, di sungai & di bawah tanah. Korang mesti akan terkejut dengan kadar kepadatan pengguna pengangkutan awam yang ada di Bangkok ni terutamanya pada waktu puncak.

Dalam perkongsian kali ini Hafiz nak share sikit panduan yang korang boleh gunakan masa di Bangkok nanti.

Bangkok Skytrain (BTS)

800px-Bangkok_Skytrain_2011.jpg
photo credit : wikipedia.org

Bangkok Skytrain atau lebih dikenali umum sebagai BTS. Ia merupakan laluan bertingkat yang mempunyai 2 laluan(lines) iaitu, Sukhumvit Line & Silom Line.

BTS Sukhumvit Line menghubungi 22 stesen termasuklah laluan popular seperti Siam, Nana, Mo Chit, Victory Monument, Phaya Thai, Asok. BTS Sukhumvit Line mnghubungkan kepada 2 stesen MRT bawah tanah di stesen Mo Chit and Asok.

BTS Silom Line pula menghubungi 14 stesen bermula dari stesen National Stadium ke Bang Wa. BTS Slilom Line menghubung ke stesen MRT bawah tanah di stesen Sala Daeng/Silom.

Bangkok MRT(Underground Train)

mrt bkk

Bangkok MRT juga dikenali sebagai underground train/subway di kalangan warga tempatan. Buat masa ini MRT hanya mempunyai 1 laluan iaitu Blue Line.

MRT Blue Line menghubungkan 18 stesen. Chatuchak Park, Phetchaburi, Sukhumvit, Silom dan Hua Lamphong merupakan antara stesen yang paling kerap digunakan oleh pelancong kerana lokasi strategik yang berdekatan dengan kawasan tarikan pelancong. Dari MRT, korang boleh tukar untuk ke BTS interchange stations: Chatuchak Park/Mo Chit, Sukhumvit/Asok & Silom/Sala Daeng.

Teksi / Grab

thailand-taxis-app-e1470251525498

Teksi / Grab merupakan antara pilihan pengangkutan yang juga menawarkan kadar yang berpatutan terutamanya kalau koran bergerak berpasangan atau berkumpulan. Cuma korang peru ingat kesesakan lalulintas kat Bangkok ni kadang-kadang boleh jadi lagi teruk dr KL. Seperti biasa, Teksi menggunakan meter & Grab pula mengenakan kadar rata yang telah ditetapkan sebelum korang menaiki kenderaan tersebut. Peuang untuk korang.

Teksi Motorsikal

bangkok-teksi-motosikal.jpg
photo credit : travelholic.my

Ini merupakan pilihan terbaik bagi solo traveller. Pilihan yang murah & cepat untuk ke destinasi korang. Hafiz memang selalu guna bila di Bangkok. Diorang ni biasa tunggu di stesen MRT/BTS atau berhampiran kawasan2 pejabat.

Tuk Tuk

image.jpg
photo credit : lennonland

Merupakan pengangkutan awam paling ikonik di Bangkok. Kenderaan kecil 3 roda ini menggunakan enjin motosikal boleh membawa 2 orang penumpang di belakang. Tambang tuk tuk ni biasanya boleh tawar-menawar, kebiasaannya 50 bath (RM6.25) untuk jarak dekat. Adalah sesuatu yang normal untuk korang berunding harga sebelum menaiki tuk-tuk ni.

Bas

pagePropertiesImage.jpg
photo credit : bangkok.com

Bas adalah cara paling ekonomi di Bangkok tetapi masalah yang paling besar bagi kita yang tak faham tulisan Thai ni ialah papan tanda dalam Bahasa Thai dan kebanyakkan pemandu bas ni kurang fasih berbahasa English. Tambang bas berhawa dingin bermula dari 11 bath (RM1.40) dan bergantung kepada jarak destinasi yang dituju. Manakala, bagi bas yang tidak berhawa dingin tambangnya dalam lingkungan 8 bath (RM1) dan tambang dipungut di dalam bas secara tunai.

Bot

river_bus_bangkok_thailand-1170x640.jpg
photo credit : transport.thailand.com

Ada 2 jenis bot yang boleh korang gunakan. Ferry Boat yang dikendalikan di Sungai Chao Phraya ni tidak berapa selesa dengan kerusi kayu yang keras dan selalu sesak dengan penumpang. Tetapi ianya berbaloi untuk korang mencuba kehidupan rakyat tempatan di sini. Kalau nak bot yang selesa terdapat bot yang lebih besar dikendalikan oleh Chao Phraya Express Boat, ia lebih luas dan santai untuk melihat Sungai Chao Phraya. Bot beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 7:30 malam dengan perjalanan pendek pada kadar bermula pada harga 16 bath (RM2). Juga boleh dapatkan pas harian (jika transit lama di Bangkok dan mahu melihat keseluruhan) pada harga 150 bath (RM19), bayaran tunai sahaja.

Hafis harap posting ni dapat bantu korang serba sedikit apa yang korang perlu buat sepanjang barada di Bangkok. Rancang mengikut keselesaan & budget korang ya.

 

 

 

Author: Hafiz Mahadzir

I'm Hafiz. I have a passion for food, travel and having fun. I hope to lead you to delicious and enjoyable experiences around the world. For enquiries or just to say hi, email me at hafiz.mahadzir@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.