Tempat Menarik di London

London ni merupakan antara kota idaman yang sentiasa berada dalam bucket list nak visit dari kecil lagi. Terlalu banyak tarikan yang ada di kota penuh sejarah ini. London bukanlah sekadar destinasi percutian biasa tetapi kota ini penuh dengan keindahan semulajadi, tapak2 bersejarah dan banyak lagi.

Dalam posting kali ni Hafiz akan kongsi lokasi2 yang boleh korang lawati bila di London nanti.

Madame Tussauds London

madame-tussauds-london-ticket_8a06617c2a05358fb2911ebce14dead15ee39967.jpg
photo credit : befreetour.com

Korang mungkin pernah dengar tentang muzium patung lilik realistik ini yang lokasinya berada di seluruh dunia dan yang paling dekat dengan Malaysia, pastinya Madame Tussauds Bangkok. Buat pengetahuan korang, Madame Tussauds London merupakan cawangan yang pertama di buka di dunia. Dibuka pada tahun 1836 di Baker Street.

Di Madame Tussauds London(MTL) ni terdapat lebih dari 250 nama besar untuk korang temui dan bergambar sama.

Bayaran Masuk (Online): Dewasa (16 Tahun & Keatas) £29

Alamat: Marylebone Rd, Marylebone, London NW1 5LR, UK

Leadenhall Market

 

IMG_4261(1).JPG

Leadenhall Market ni merupakan antara salah satu pasar tertutup yang wujud di London. Pasar ini terletak di Gracechurch Street. Secara jujur Hafiz terjumpa pasar ni kebetulan masa tengah berjalan disini masa pagi Christmas. Jadi dapat tengok bengunan je lah sebab semua kedai tutup masa tu..

Untuk pengetahuan korang, pasar telah wujud sejak abad ke-14 lagi! Pasar ini asalnya merupakan pasar yang menjual daging dan barangan basah yang lain. Hari ini pasar ini bertukar menjadi lokasi shopping yang padat dengan pelbagai jenis kedai seperti butik, restoran, kafe dan lain-lain lagi.

Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00 am – 11.00 pm)

Alamat: Gracechurch St, London EC3V 1LT

Hyde Park

IMG_3386

Hyde Park boleh dikatakan sebagai salah satu taman yang paling terkenal di London dan  tak keterlaluan Hafiz kata antara taman yang paling popular di dunia. Selain dari merupakan taman yang terbesar di London, mesti korang nak tahu kenapa ianya terkenalkan?

Taman yang berkeluasan 142 hektar ini dipenuhi dengan lebih daripada 4,000 pokok, sebuah tasik yang besar, taman-taman bunga dan pelbagai kemudahan rekreasi yang lain.

Hafiz pernah cuba jalan kaki merentasi Hyde Park ni, memang best. Tapi kalau korang tak banyak masa, mungkin korang boleh terus ke destinasi yang korang nak tuju je.

Alamat: Hyde Park, London

Westminster

IMG_3987 (Edited)

Westminster adalah tempat dimana terletaknya bangunan parlimen dan juga jam ikonik London, Big Ben yang berbunyi pada setiap jam.

IMG_3609

Sekiranya korang berpeluang ke sini, jangan lupa untuk singgah ke Parliament Square di mana terletaknya tugu-tugu orang yang penting dalam politik iaitu Winston Churchill dan Nelson Mandela.

Alamat: Westminster, London

Camden Town

IMG_3882.JPG

Apa yang menariknya tentang Camden Town ni ialah kewujudan tempat-tempat jualan yang tiada penghujungnya. Dalam Camden Town ni ada Camden Market. Di market ni lah yang  terdapat lebih daripada 1000 kedai-kedai unik, gerai-gerai kecil dan kafe. Kalau korang pernah ke Chatuchak di Bangkok, Camden ni boleh dikatakan macam  Chatuchak versi London.

Korang boleh menemui banyak kedai yang menjual hasil seni yang unik, kedai pakaian vintage, kedai buku secondhand dan lain-lain lagi!

Waktu Operasi: Camden Market: Setiap Hari (10.00 am – 6.00 pm)

Alamat: Camden: London Borough of Camden, London / Camden Market: Camden Lock Pl, Camden Town, London NW1 8AF

London Eye

London eye.jpg
photo credit : timeout.com

Untuk korang yang pertama jejak kaki ke London ni, Hafiz cadangkan bolehlah cuba London Eye ni. The London Eye adalah nama yang diberikan kepada ferris wheel di London yang bersaiz gergasi. Dah nama pun London Eye, dari sini memang korang boleh nampak 360 darjah pemandangan Kota London yang cantik ni.

Korang boleh beli tiket secara online. Cuba check laman sepert i Klook yang kadang2 menawarkan harga yang amat berbaloi. Beli di kauter pun boleh. Yang penting da bayar mahal-mahal tu, jangan lupa untuk rakam pemandangan di luar!

Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00 am – 6.00 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa (16 Tahun & Keatas) £28 | Kanak-Kanak (3 – 15 Tahun) £23

Alamat: Lambeth, London SE1 7PB

Brick Lane

IMG_4168(1)

IMG_4045(1)

Brick Lane adalah sebuah tempat menarik di London. Bagi korang yang mengidam nak cari makanan halal seperti kari & tandori tu, bolehlah korang cuba cari disnini. Brick Lane juga  diketahui umum dipenuhi dengan komuniti Bangladesh. Ada juga sebuah masjid yang terletak disini. Selain kedai makan halal, di sini juga terdapat pasar-pasar yang menjual barangan antik, pakaian dan banyak lagi barangan menarik lain.

Bagi Hafiz, tarikan utama di Brick Lane ialah street artnya sehinggakan ianya sering dijadikan lokasi pergambaran video-video muzik. Hampir setiap lorong2 kecil yang ada disini ada street artnya yang tersendiri. Apa lagi? Sediakan kamera dan terjah lokasi ni untuk meriahkan instagram anda.

Waktu Operasi (Brick Lane Market): Ahad (10.00 am – 5.00 pm)

Alamat: Brick Lane, Shoreditch,  E1 6QL

Oxford Street

IMG_3377.JPG

Oxford Street ni ialah lokasi membeli-belah yang paling terkenal di Eropah dan sudah semestinya yang tersibuk di London. Banyak kedai & jenama mewah yang terletak disini.

Kalau korang berjalan dari Oxford Circus ke Tontenham Court Road, terdapat kedai-kedai seperti American Apparel dan Topshop. Sepanjang Oxford Circus dan Bond Street pula terdapat banyak kedai-kedai pakaian berjenama terkenal seperti Zara, Gap dan H&M. Dari Marble Arch ke Bond Street, terdapat  Marks & Spencer, New Look, Selfridges dan Primark. Selfridges & Primark ni adalah antara yang paling sibuk disini. Terletak bertentangan jalan sahaja, keduanya menawarkan pilihan mahal & murah untuk korang pilih. Kalau ada budget besar, boleh lah ke Selfridges dan kalau budget yang terhad silalah ke Primark.

Selain pakaian, korang boleh Charing Cross  Road dan Denmark Street untuk kedai buku dan peralatan muzik. Sementara itu di Edgware Road pula terdapat jualan pelbagai barangan elektronik.

Alamat: Oxford St, London

Harrods

IMG_4135.JPG

Harrods merupakan pusat membeli-belah mewah 7 tingkat yang telah wujud lebih daripada 160 tahun! Ya 160 tahun. Mungkin ramai lebih kenal Harrods ni selepas kisah Princess Diana.

Dalam Harrods ini terdapat lebih 330 kedai yang menjual pelbagai barangan pakaian, rumah, teknologi dan makanan.

Di Harrods Food Halls, korang boleh menemui pelbagai pilihan teh, coklat dan makanan segar yang lain. Ada ruang yang menjual makanan Halal.

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Ahad (10.00 am – 9.00 pm) | Ahad (11.30 am – 6.00 pm)

Alamat: 87-135 Brompton Rd, Knightsbridge, London SW1X 7XL

Buckingham Palace

 

IMG_3540.JPG

Buckingham Palace ialah istana yang menjadi kediaman rasmi Ratu Elizabeth. Selain istana ini, Ratu Elizabeth juga tinggal di Windsor Castle dan Balmoral. Untuk pengetahuan korang, Buckingham Palace hanyalah  dibuka kepada orang awam ketika musim panas yang kebiasaannya dari bulan Ogos ke September.

Apa yang korang boleh lihat disini ialah 19 buah bilik menyambut tetamu yang dihias dengan indah, the Throne Room (bilik yang sering digunakan dalam fotografi perkahwinan diraja), tangga mewah istana, pameran khas, karya seni dan lawatan sambil mendengar penerangan audio yang menggunakan suara Prince Charles!

Waktu Operasi: Hanya Dibuka Semasa Musim Panas (Julai 2019 – September 2019)

Bayaran Masuk: Dewasa £24.00 | Kanak-Kanak (5 – 16 Tahun) £13.50

Alamat: Buckingham Palace, Westminster, London SW1A 1AA

Greenwich Market

IMG_4226.JPG

Kalau korang mencari kraftangah asli dari London? Jangan lupa untuk singgah ke Greenwich Market. Bermacam barangan yang boleh dijadikan buah tangan untuk orang tersayang atau sebagai tanda ingatan daripada London boleh didapati disini.

Sedikit panduan tentang Greenwich Market:

-Hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad: Jualan barangan seni, kraf dan barangan designer.

-Hari Selasa, Khamis dan Jumaat: Jualan barangan antik dan koleksi berharga yang lain.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 5.30 pm)

Alamat: 5B Greenwich Market, London SE10 9HZ

Greenwich Foot Tunnel

IMG_4233.JPG

Kalau korang dah ke Greenwich ni, jangan lupa untuk mencari Greenwich Foot Tunnel ni. Antara tinggalan sejarah yang ada di Greenwich ni. Pembinaannya bermula pada June 1899 dan siap pada Ogos 1902. Menghubungkan Greenwich & Woolwich.

Waktu Operasi : Dibuka setiap hari, 24 jam

British Museum

IMG_3613.JPG

British Museum merupakan muzium yang telah wujud semenjak tahun 1753 dengan hasil koleksi sejarah manusia sejak lebih daripada 2 juta tahun.  Antara bahan pameran yang paling terkenal di dalam muzium ini adalah batu Rosetta, mumia-mumia Mesir, arca Parthenon dan banyak lagi sejarah ketamadunan manusia dipamerkan disini.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 5.30 pm)

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: Great Russell St, Bloomsbury, London WC1B 3DG

Covent Garden

IMG_3695.JPG

Antara tarikan yang istimewa di London. Sambil berjalan-jalan di sekitar kawasan ini korang boleh tengok banyak pertunjukan jalanan yang kadangkala mengumpulkan sehingga 200 penonton pada satu-satu masa.

Antara tarikan menarik lain yang wajib dilawati adalah Royal Opera House. Di sini sering diadakan pertunjukan ballet dan opera yang cukup sinonim dengan orang British ni.

Alamat: Covent Garden, London WC2E 8RD

St James Park

IMG_3422.JPG

St. James’ Park adalah sebuah taman diraja yang berkeluasan 57 ekar. Dari sini korang boleh menikmati pemandangan bangunan ikonik London di sekitar seperti Buckingham Palace, Clarence House dan Whitehall.

Waktu Operasi: 5.00 am – 12.00 pm

Alamat: Barrack Rd, Newcastle upon Tyne NE1 4ST

Portobello Market Nottng Hill Gate

Kalau korang pernah tengok filem Julia Roberts yang bertajuk Notting Hill,  mesti korang perasan scene yang menunjukkan suasana di pasar Portobello Market Notting Hill Gate yang cukup sibuk dengan orang yang datang berjual-beli.

Bermacam barangan boleh dijumpai di sini, daripada buah-buahan, roti, poster, seramik, pakaian hinggalah muzik, suasana pasar ini memang sangat meriah. Setiap hari Jumaat, terdapat gerai-gerai yang menjual pakaian vintage dan barangan rumah.

Bagi para peminat barangan antik pula, hari Sabtu adalah hari di mana terdapat beratus gerai jualan barangan antik dibuka berdekatan dengan stesen Notting Hill dan setiap Ahad pula, korang boleh menuju ke Westway di sekitar kawasan yang sama untuk pasar lambak.

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (8.00 am – 6.30 pm)

Alamat: Portobello Rd, London

Tower Bridge

IMG_3855.JPG

Tower Bridge bukan sekadar untuk dilihat dari jauh atau sebagai laluan kenderaan sebab korang boleh memasuki menara atau melalui jambatan ini untuk melihat pemandangan London.

Melalui laluan gelas di jambatan ini, korang boleh melihat pemandangan River Thames dari jarak ketinggian 42 meter sambil melihat kereta dan bot yang melalui.

Di samping itu, korang juga boleh mendapatkan lebih info tentang pembinaan jambatan ini di dalam Tower Bridge Exhibition Room dan banyak lagi pameran-pameran menarik yang lain.

Waktu Operasi:

April – September: 10.00 am – 5.30 pm

Oktober – Mac: 9.30 am – 5.00 pm

Bayaran Masuk: Dewasa £9 |  Kanak-Kanak £3.90

Alamat: Tower Bridge Rd, London SE1 2UP

Piccadilly Circus

3320639520_c90130478d_b.jpg
photo credit : londonist.com

Piccadilly Circus telah diwujudkan sejak tahun 1819 untuk menghubungkan Regent Street dengan Piccadilly.

Sebenarnya ramai yang akan datang ke sini dan tercari-carikan ‘circus’ berdasarkan namanya, namun kecewa bila tahu yang Piccadilly Circus ini bukanlah sarkas tapi adalah sebuah kawasan yang terletak berdekatan dengan banyak tarikan-tarikan menarik untuk membeli-belah dan berhibur. Ingat ya. Jangan cari circus macam dalam filem The Greatest Showman tu tau.

Di sebelah barat Piccadilly Circus ini juga terdapat sebuah peninggalan lama yang dipanggil ‘Police Box’ yang telah berdiri di tempat yang sama sejak 1935 lagi.

Alamat: Piccadilly Circus, London

Posting kali ni adala sebahagian ringkasan pengalaman Hafiz. InsyaAllah Hafiz akan kongsi lagi dengan korang nanti ya.

 

 

Author: Hafiz Mahadzir

I'm Hafiz. I have a passion for food, travel and having fun. I hope to lead you to delicious and enjoyable experiences around the world. For enquiries or just to say hi, email me at hafiz.mahadzir@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.