Kisah Di Sebalik Menara Berhantu Di Bangkok

sathorn-unique.jpg
Inilah binaan Sathorn Unique Tower – Photo credit packthailand.com

Kali ni Hafiz nak kongsi sikit pasal satu bangunan yang agak misteri di Bangkok. Sesiapa sahaja yang pernah ke Bangkok, mesti korang perasan satu bangunan yang tinggi dan terbengkalai. Dikatakan bangunan 49 tingkat ini telah siap 80%. Bangunan ini dinamakan Sathorn Unique Tower (Menara Unik Sathorn), namun ia lebih dikenali oleh kebanyakan orang dengan nama yang berbeza, iaitu Menara Hantu.

menara-unik-sathorn-di-bangkok (1).jpg

Bangunan yang sepatutnya menjadi simbol kelas dan kebudayaan di bandaraya Bangkok, Thailand ini akhirnya menjadi bangunan terbengkalai dan yang dicemari dengan grafiti, serpihan peninggalan dan kisah-kisah mistik.

Rangsan-Torsuwan2.jpg
Ragsan Torsuwan – Photo credit packthailand.com

Pembinaan bangunan berhantu ini bermula pada tahun 1990 apabila Rangsan Torsuwan, seorang arkitek dan pemaju hartanah terkenal Thailand , merangka struktur yang mega ini. Beliau membayangkan membina sebuah kompleks kondominium mewah di bandar Bangkok. Namun, impiannya itu terhenti ditengah jalan apabila pada tahun 1993, Rangsan telah ditangkap atas dakwaan merancang untuk membunuh Presiden Mahkamah Agung. Walaupun pembunuhan itu tidak berlaku, namun Torsuwan didapati bersalah pada 2008.

Pada 2010,  beliau dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan. Kes ini telah mengganggu keupayaan Rangsan untuk mendapatkan sokongan kewangan untuk projek-projeknya, dan pembinaan Sathorn Unique mengalami kelewatan kerana kekurangan dana. Krisis kewangan Asia yang melanda pada tahun 1997 juga menyebabkan pasaran hartanah Bangkok runtuh dan syarikat-syarikat kewangan yang membiayai projek muflis dan kemudiannya dibubarkan.

Pelbagai usaha & rundingan yang diteruskan oleh Pansit Torsuwan iaitu anak lelaki kepada Rangsan juga menemui jalan buntu.

Budaya & kepercayaan masayarakat Asia 

Secara umum, kita sedia maklum budaya & kepercayaan masyarakat Asia yang sarat dengan cerita-cerita hantu dan tahayul. Maka tidak hairanlah bangunan terbengkalai seperti Sathorn Unique Tower ini menjadi sebahagian daripada cerita-cerita hantu masyarakat disini.

Sathorn-Unique-Thibaud-Saintin2
photo credit packthailand.com

Ramai yang percaya bangunan ini berhantu dan khabar angin juga mengatakan ia dibina di atas bekas tapak kubur lama. Pada Disember 2014, mayat seorang lelaki warga Sweden ditemui di tingkat 43 dalam keadaan tergantung. Walaupun pihak berkuasa menyifatkan kematiannya sebagai bunuh diri, ia adalah satu perkara yang sangat mengejutkan bagi jurugambar Thailand yang masuk ke dalam bangunan dan naik ke tingkat atas untuk mengambil gambar matahari terbit.

Sathorn-Unique-Flickr-Thibaud-Saintin.jpg
photo credit packthailand.com

Laporan tambahan mengenai penampakan hantu kedengaran sepanjang tahun dan keadaan menakutkan bangunan ini  sememangnya mencetuskan kepada perkembangan kisah-kisah ini. Kekosongannya sangat menyeramkan dan grafiti di dinding mengandung imej yang mengganggu.

Lubang-lubang berbahaya memenuhi bahagian lantai dan anjing-anjing liar berkeliaran di ruangan-ruangan kosong menambahkan lagi bahaya yang sedia ada.

A Ghost Tower in the Sky: Bangkok's Creepy Abandoned Skyscraper
photo credit packthailand.com

Pada September 2015, Pansit Torsuwan dan pemilik semasa firma Rangsan telah memfailkan dakwaan pencerobohan jenayah terhadap lima pelancong yang telah memanjat menara ini dan memuatnaik secara dalam talian. Motif Pansit adalah untuk menjadikannya sebagai contoh dan menghalang sebarang cubaan untuk menceroboh masuk ke dalam bangunan ini pada masa akan datang.

menara-unik-sathorn

Rujukan :

Scary skyscraper: Bangkok’s ‘haunted’ Ghost Tower

http://packthailand.com/sathorn-unique-bangkok-abandoned-building/

Author: Hafiz Mahadzir

I'm Hafiz. I have a passion for food, travel and having fun. I hope to lead you to delicious and enjoyable experiences around the world. For enquiries or just to say hi, email me at hafiz.mahadzir@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.