Tempat Menarik Di Sydney Australia

10852783_752297234853539_21582400_n.jpg

Sydney. Merupakan bandar terbesar di Australia dan ibu negeri New South Wales. Sydney juga merupakan bandar raya yang maju dalam berbagai bidang bersaing dengan Melbourne yang terletak di Victoria.

Seperti biasa setiap kali untuk pergi travel, silalah buat sedikit perancangan. Walaupun kadang-kadang Hafiz tak lah suka terlalu buat plan, tapi adalah penting untuk korang buat sedikit perancangan mengikut keperluan masing2 ok. Kadang-kadang perancangan awal ni mampu membantu menjimatkan duit korang dan yang paling penting tips-tips untuk mengelakkan anda ditipu oleh scam2 yang ada diluar.
Di Sydney ni banyak tempat menarik yang korang boleh kunjungi. Dalam posting ni Hafiz hanya senaraikan tempat yang Hafiz sempat kunjungi masa summer hari tu. Untuk memudahkan perjalanan korang di Sydney, korang boleh dapatkan Opal Card. Fungsinya macam kad Touch n Go seperti di Malaysia dan terdapat diskaun pada hari minggu pada laluan tertentu.
Berikut adalah tempat-tempat di Sydney yang Hafiz sempat kunjungi :
Opera House
opera-house-647667_960_720
Merupakan mercu tanda negara Australia. Senibina Opera House ini sangatlah mengagumkan. Opera House ini dibina pada tahun 1959 dan buat masa sekarang ianya digunakan untuk kegiatan seni seperti pameran dan juga konsert orchestra. Kat luar Opera House korang boleh lepak dan santai dimana terdapat beberapa coffee house yang disediakan untuk pelawat menikmati suasana bandar Sydney yang tenang berlatar belakang jambatan Harbour Bridge.
Untuk ke sini boleh menggunakan Opal Card. Menaiki train laluan T1 dan turun di Station Circulay Quay. Di Circular Quay ni korang boleh nampak Opera House, jalan kaki lebih kurang 200meter saja.
Paddy’s Market, Hay Street
Ini adalah tempat untuk korang membeli souvenir. Ada berpuluh kedai cenderahati yang menjual barangan kraftangan, tshirt, topi dan keychain. Selain daripada tu juga terdapat pasar yang menjual buah serta sayuran yang segar. Agak menarik untuk kunjungi. Rasanya disini adalah salah satu tempat yang menawarkan harga yang murah di Sydney.
Untuk pengetahuan korang, Paddy Market ni tak lah dibuka setiap hari. Ianya dibuka pada hari Rabu hingga Ahad jam 10.00 pagi ke 6.00petang. Maka aturkan perjalanan korang supaya tidak terlepas peluang untuk shopping disini. Kawasan ini juga terdapat banyak restoran halal.
Untuk ke sini, korang boleh menaiki train mahupun tram. Kalau naik train korang boleh turun di Central Station dan berjalan kaki lebih kurang 10minit. Kalau naik tram lebih dekat, turun saja di Paddy’s Market Station. Kalau naik tram korang perlu menggunakan Opal Card ya.
Blue Mountain, Katoomba
10890741_663637207078860_1963823981_n.jpg
Blue Mountain National Park ni antara tempat yang wajib korang kunjungi. Lokasinya agak jauh dari bandar Sydney sekitar 130km. Kalau korang memandu ianya memakan masa lebih kurang 1 jam 50 minit dan kalau menaiki train memakan masa hampir 2 jam. Apa yang boleh Hafiz katakan perjalanan ini sangat berbaloi.
Untuk memasuki Blue Mountain ianya adalah percuma jika anda hanya menikmati permandangan ciptaan Illahi dari tepi gaung. Disini korang boleh tengok Three Sisters Mountain.  Tapi kalau korang ada budget lebih, korang boleh try Scenic World Park yang berharga AUD38.00. Korang dapat merasai pengalaman menaiki kereta kabel paling cerun didunia, walk-way didasar gaung yang mempunyai udara yang sangat segar serta 2 lagi cable car yang dinamakan Scenic Cable Car.
10852689_1526363477622523_432188085_n.jpg
Menuju ke Blue Mountain tidaklah terlalu susah, mulakan perjalanan seawal jam 7.00pagi di Central Station. Menaiki Blue Mountain Train (BMT) berharga lebih kurang AUD7.80 oneway. Train ini akan berhenti di Katoomba Station. Dari Katoomba Station perlu menaiki bas bernombor 686 di hadapan The Carrington Hotel menuju ke Scenic World. Senang je. Ringankanlah mulut bertanya kalau tak nak tersesat..hehehe
Sydney Tower, Market Street
tv-tower-2438256_960_720.jpg
Sydney Tower merupakan menara pemancar yang membenarkan pengunjung merasai permandangan 360 bandaraya Sydney. Menara ini berdiri teguh dengan ketinggian 268meter terletak ditengah tengah Central Business District (CBD).
Tiket masuk Observation Deck berharga AUD26.50 untuk dewasa memberi akses panorama didalam Syndey Tower, juga ada tiket untuk korang sukakan extreme dengan permandangan diluar menara yang memerlukan peralatan istimewa. Itupon kalau korang tak gayat la.. saja nak bagitau kat Sydney ni memang kuat anginnya.
Untuk ke sini korang boleh menaiki train laluan T1 dan berhenti di St. James Station. Station ini berada dibawah tanah dan jika korang keluar boleh bergambar di sekitar Archibald Fountain.
Bondi Beach, New South Wales
10899103_635282446584222_626769475_n.jpg
Australia memang banyak pantai, antara pantai terbaik dunia ialah di Bondi Beach. Pantai yang membentuk seperti half-moon ini memang awesome dengan permandangan laut Tasmania. Bukan lautan Pasific ya…
Bondi Beach terkenal dengan tempat meluncur Surf Board dan kawasan mandi pantai yang terbaik. Disini juga terdapat beberapa hotel dan restoran yang seakan anda berada di Gold Coast. Pada penghujung pantai ini, terdapat kawasan yang dinamakan Flat Rock. Jalan kaki melintasi Bondi Beach dan anda akan dapati kawasan berbatu bata yang memberikan panorama laut yang hebat. Kalau kesini jangan lupa ambil gambar banyak2 ok!
Untuk kesini korang perlu menaiki bas. Jika bermula dari Central, korang perlu menuju ke Bondi Junction Station melalui Train T4. Di station yang sama sila naik bas bernombor 333 atau 380 menuju ke Bondi Beach. Semua laluan ini menggunakan Opal Card.
Sydney Fish Market
P5260388_thumb.jpg
Kalau korang seafood lovers, silalah datang ke Sydney Fish Market ni.. Korang boleh datang sini untuk melihat sendiri kesegaran makanan laut yang fresh terus dijual dan diorg boleh terus masak kat korang. Tapi korang janganlah minta dia masak siakap steam tiga rasa semua tu pulak ya.
Terdapat beberapa restoran yang menyajikan seafood dan pastinya ianya halal. Korang boleh tanya cara masakan. Harga makanan laut paling murah adalah fish and Chip AUD10.00 hingga hidangan lain yang boleh mencecah AUD300.00. Boleh pilih menu makanan dahulu dan barulah memilih jenis makanan laut. Pastinya awesome! Kalau dah habis makan tu boleh tengok ikan segar yang baru ditangkap bahagian pasar basah. Kalau korang berkumpulan tu, boleh lah cuba hidangan yang besar & kongsi ramai. Buat solo traveller macam Hafiz ni, makan fish & chip je lah..
Untuk ke sini korang boleh menaiki tram dan berhenti di Fish Market Station. Kena jalan kaki kira-kira 300meter untuk ke Sydney Fish Market.
Darling Harbor
Darling-Harbour-768x576.jpg
Daring Harbor ni pun antara yang menjadi tumpuan ramai pelancong. Kalau korang pengumpul barang2 Hard Rock, bolehlah korang beli disini. Ada juga restoran2 yang menjual makanan halah disini.
Waktu sesuai untuk datang kesini adalah waktu petang / senja sambil minum kopi selepas makan malam. Suasana perlabuhan yang tenang dan matahari nan senja memang terpukau dengan permandangan bangunan bandar Sydney. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sekitar Darling Harbour seperti berbasikal, jogging malah lepak santai.
Ada banyak cara untuk kesini, salah satunya dengan menaiki train T1 dan turun di Townhall Station. Kalau turun disini boleh layan jalan kaki sekitar bandar. Kalau malas jalan boleh naik tram dan turun di Convention Station. Sebelah saja dengan Darling Harbour.
Taronga Zoo
4.-Taronga-Zoo-has-an-abundance-of-green-areas-with-the-picturesque-backdrop-of-nature-at-the-footsteps-of-the-harbour-bridge-1.jpg
Samada korang penggemar Zoo atau tidak, Zoo di Australia ni memang terbaik. Kalau bawa anak-anak boleh la mengunjungi Taronga Zoo dengan bayaran AUD38.00 untuk dewasa. Solo traveller macam Hafiz ni lagi lah enjoy. Sangat seronok cuma bila dah pergi masa summer ni, tahap kepanasan tu menguji mental lah jugak. Sebab panas dia lain macam.
Korang tak perlu risau pasal makanan disini. Korang boleh beli fish and chip di bahagian restaurant dan boleh layan teh sambil menikmati permandangan bandar Sydney. Taronga Zoo juga mempunyai sebuah kolam persembahan seperti Penguin dan Anjing Laut. Ada masa-masa tertentu untuk show demikian.
Kalau korang menaiki feri dari Circulay Quay, korang boleh menaiki kereta cable dari jeti ke pintu masuk Zoo. Untuk kesini Hafiz cadangkan datang dari Circulay Quay dimana korang berpeluang untuk menaiki feri di Sydney. Tunggu feri di jeti Wraft 2 (Mereka akan tulis Taronga Zoo). Tak perlu beli single tiket, hanya touch pada Opal Card anda, xsilap Hafiz ianya berharga AUD2.70 untuk satu hala. Bila sampai ke jeti Taronga Zoo sila naik kereta cable untuk ke pintu masuk Zoo. Kalau tak nak naik Cable Car boleh naik shutte bus. Ikut suka korang lah ya.
Shelly Beach Lookout.jpg
Hafiz harap perkongsian ni boleh bantu memberi sedikit idea nak buat apa di
Sydney. Ada masa nanti Hafiz kongsi itinerary harian Hafiz di Sydney nanti ya.

Author: Hafiz Mahadzir

I'm Hafiz. I have a passion for food, travel and having fun. I hope to lead you to delicious and enjoyable experiences around the world. For enquiries or just to say hi, email me at hafiz.mahadzir@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.