Gurun & Padang Pasir Paling Bahaya di Dunia

Dunia ini luas. Satu destinasi yang Hafiz agak teruja untuk jelajahi satu hari nanti ialah gurun atau padang pasir. Berdasarkan informasi yang Hafiz dapat melalu bacaan & rujukan di web Livescience.com & dailymail.com , Hafiz kongsikan sedikit maklumat & rujukan masa akan datang.

Gurun atau padang pasir ini sangat berbahaya kerana hampir mustahil untuk mendapatkan air. Kajian juga menunjukkan padang pasir juga adalah antara tempat yang paling sukar untuk manusia bertahan hidup.Untuk pengetahuan korang, terdapat padang pasir di bumi ini yang mempunyai cuaca lebih teruk daripada di Marikh.

Mari kita kenali 5 gurun dan padang pasir yang paling bahaya di dunia;

5. Gurun Kalahari – Botswana, Namibia dan Afrika Selatan

kalahari
photo credit : Dmitry

Kalahari berasal dari bahasa lisan ke-5 terbesar di Afrika Selatan, iaitu Setswana. Perkataan itu menekankan erti “tersangat dahaga” kepada padang pasir ini.

Merupakan gurun padang pasir yang menerima hujan terendah di Afrika Selatan iaitu kira-kira 100mm hujan setiap tahun. Keadaan cuaca di padang pasir ini  boleh menjadi tersangat panas sehinggakan tiada ruang untuk manusia bertahan di sini.

4. Gurun Arab – Yaman, Teluk Parsi, Oman, Jordan, Iraq

pcwT886wQ4.jpg

Gurun Arab adalah sangat luas dan terletak di Asia Barat. Dengan kawasan seluas 2.33 juta kilometer persegi dan padang pasir ini adalah yang ke-4 terbesar dan berbahaya di dunia.

Keadaan iklim di gurun ini juga agak pelik di mana suhu dapat bertukar dari tersangat panas kepada ais pada waktu malam. Disebabkan ini, benda-benda yang diperbuat daripada plastik akan hancur akibat perubahan cuaca yang drastik.

Apa yang menarik perhatian Hafiz mengenai gurun arab ini ialah terdapat haiwan yang boleh hidup dalam keadaan ekstrim ini. Antaranya termasuklah cicak ekor berduri, kucing pasir dan oryx yang begitu mudah bertahan hidup di sini.

Apa yang agak menakutkan ialah ada kes dimana berlakunya insiden pasir jerlus. Ada karavan dan manusia lenyap akibat bencana alam semulajadi ini.

3. Gurun Karakum – Turkmenistan

lubang-api-raksasa-di-jantung-gurun-karakum_20180420_101139.jpg
Sumber : Google

Gurun Karakum, yang terletak di Asia Tengah ini mempunyai kawasan seluas 350,000 kilometer persegi. Gurun ini juga dikenali sebagai “Kara-Kum”, yang merangkumi lebih daripada 70% kawasan Turkmenistan.

Gurun Karakum sangat jarang menerima hujan dengan hanya antara 70 dan 150 mm setiap tahun. Karakum juga telah menerima gelaran “Pintu Neraka” akibat daripada deposit minyak di rongga bawah tanah.

Kawah itu terbentuk selepas medan gas asli runtuh. Oleh kerana kehadiran gas metana di dalam kawah, api yang bernyala berterusan sejak 40 tahun yang lalu. Rongga bawah tanah dengan gas berbahaya mungkin boleh tersebar ke kawasan berdekatan yang mencetuskan kebimbangan bagi penduduk setempat.

2. Gurun Sahara – Algeria, Chad, Mesir, Libya, Mali, Mauritania, Morocco, Niger, Selatan Sahara, Sudan dan Tunisia

3-sahara.jpg

Gurun Sahara merupakan padang pasir ketiga terbesar di dunia selepas Antartika. Gelombang haba di sini boleh membuatkan sesiapa sahaja sesak nafas hanya dalam beberapa saat.

Jika dibandingkan dengan jumlah keluasan Amerika Syarikat, Gurun Sahara adalah 9.2 juta kilometer persegi lebih besar. Kalau korang rujuk peta dunia, korang akan dapat tengok bahawa lebih separuh bahagian Amerika Utara boleh dilitupi oleh Gurun Sahara.

1. Gurun Atacama – Chile

TIRTO_1985iStock-627983612_ratio-16x9.JPG
photo credit : tirto.id

Gurun Atacama dianggap sebagai padang pasir yang paling berbahaya di dunia. Merupakan gurun yang paling kering di dunia dan adalah mustahil untuk mendapatkan setitis air dari mana-mana bahagian di padang pasir ini.

Terletak di Amerika Selatan, padang pasir ini tidak menerima hujan sepenuhnya antara tahun 1570 dan 1971. Padang pasir ini merupakan tanah paling kering selama lebih dari 200 tahun yang lalu.

Keadaan atmosfera dan cuaca di sini adalah setanding dengan Marikh dan kadang-kala ia melepasi tahap itu. Gurun Atacama juga digunakan untuk menguji prasyarat bagi misi Marikh oleh NASA.

Selepas membuat bacaan tentang gurun-gurun ini, mungkin boleh lupakan hasrat untuk ke gurun ini…

 

Author: Hafiz Mahadzir

I'm Hafiz. I have a passion for food, travel and having fun. I hope to lead you to delicious and enjoyable experiences around the world. For enquiries or just to say hi, email me at hafiz.mahadzir@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.