Rakyat Malaysia Yang Ingin Memasuki Negara Eropah Wajib Memohon ETIAS Visa

pasprot.transformed.jpg
photo credit : bharian.com.my

Mulai 2021, rakyat Malaysia yang bercadang untuk ke Europe kenalah memohon ETIAS visa. ETIAS ni ialah European Travel Information and Authorization Systemyang bertujuan untuk memperbaiki semakan, mengawal sempadan serta melindungi warga Europe & pelawa/pelancong ke rantau itu.

Sehingga  2021, rakyat Malaysia yang bercadang bercuti di Eropah masih boleh berbuat demikian tanpa perlu memohon VISA untuk perjalanan kurang dari 90 hari. Selepas 2021, semuanya akan berubah bermakna korang perlulah memohon & membuat persediaan awal sebelum ke sana. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian.

TIGA syarat kelayakan untuk Rakyat Malaysia membuat permohonan ialah:

  • Mempunyai pasport yang sah dan sekurang2nya 3 bulan dari tamat tempoh(upon arival)
  • Mempunyai email untuk menerima ETIAS visa
  • Memiliki kredit atau debit kad untuk membuat pembayaran ETIAS

Rakyat Malaysia juga dinasihatkan untuk sentiasa membawa pengenalan diri/passport kemana sahaja sepanjang perjalanan.

25b7

Proses Permohonan ETIAS untuk Rakyat Malaysia

Korang perlu lengkapkan :

  1. Butiran peribadi anda seperti nama, jantina, tarikh dan tempat kelahiran
  2. Alamat rumah
  3. Maklumat hubungan
  4. Kewarganegaraan
  5. Maklumat dokumen perjalanan

Bayaran juga perlu diselesaikan untuk melengkapkan proses permohonan ETIAS ni. Korang boleh guna kredit atau debit kad. Kos yang dikenakan ialah sebanyak 10 Euro.

Memasuki Zon Schengen dengan ETIAS untuk Rakyat Malaysia

20170725-g-suc-233-p-buoc-facebook-twitter-v-224-google-sua-doi-dieu-khoan-nguoi-d-249-ng-1.jpg

Dengan ETIAS Visa ni, rakyat Malaysia dibenarkan keluar dan masuk tanpa halangan diantara negara-negara di dalam Zon Schengen. Apa itu Zon Schengen? Zon Schengen ni ialah negara-negara di bawah EU yang membolehkan anda keluar masuk tanpa passport. Boleh klik link ini untuk maklumat mengenai Zon Schengen ni.

9546.png
Image from Etiaseurope

ETIAS Visa ni sah digunakan untuk 3 tahun atau sehingga tamat tempoh passport pemilik ETIAS Visa terabit. Bagi pasport yang tamat tempoh, korang perlulah membuat permohonan yang baru mengunakan pasport baru.

Jadi jika korang berhasrat nak ke Europe tanpa memeningkan kepala untuk memohon Visa, silalah buat perancangan secepat mungkin.

Author: Hafiz Mahadzir

I'm Hafiz. I have a passion for food, travel and having fun. I hope to lead you to delicious and enjoyable experiences around the world. For enquiries or just to say hi, email me at hafiz.mahadzir@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.