Makanan Yang Baik Untuk Bantu Berhenti Merokok

close up photo of cigarette
Photo by Basil MK on Pexels.com

Korang percaya tak kalau Hafiz katakan ada makanan yang mampu membantu korang berhenti merokok? Kepada yang tak merokok, mungkin boleh kongsi ilmu ni dengan kawan2 yang tengah berusaha untuk berhenti merokok.

Secara umum kita sedia maklum yang merokok ni adalah sangat tidak baik untuk kesihatan. Bila kerajaan umumkan larangan merokok di tempat awam baru-baru ni ramai yang gelisah. Dalam posting ni Hafiz nak share serba sedikit petua yang korang boleh cuba dalam proses berhenti merokok ni.

Apa yang menariknya, petua ni mengatakan bahawa korang boleh berhenti merokok dengan makanan. Percaya tak? yang tu lepas baca ni korang kena lah cuba kan…

1. Bertih Jagung/Popcorn

perfect-popcorn-main
photo credit : twosisterscrafting.com

Tahukah anda, bertih jagung merupakan antara makanan yang sesuai untuk korang ambil kalau nak kurangkan keinginan merokok?

Ya, jangan ingat, kalau nak berhenti merokok anda kena makan sayur dan salad sahaja!

Korang mesti tertanya-tanya kenapa bertih jagung? Boleh ke bertih jagung ni hilangkan rasa nak merokok tu. Kebiasaan bila nak berhenti merokok ni, akan timbul perasaan untuk makan/mengunyah. Bukannya disebabkan lapar semata-mata. Korang cuma nak kunyah.

Oleh itu, bertih jagung merupakan snek paling sesuai untuk jadikan sebagai makanan kudapan. Kerangupan bertih jagung cukup untuk membuatkan korang tidak mencapai rokok. Tapi pastikanlah bertih jagung yang korang nak makan tu tidak disalut dengan salted caramel mahupun mentega. Jika tidak, memang bertambah gebulah korang nanti.hehehe

2. Epal

green-apples-with-one-red-apple.jpg
photo credit : google

Selain bertih jagung, buah-buahan adalah sangat baik & merupakan antara pilihan terbaik untuk mengurangkan keinginan untuk merokok. Dalam artikel ni Hafiz pilih buah Epal. Salah satu sebabnya kerana Epal ni mudah didapati dan harganya tidak terlalu mahal. Tak kisahlah epal hijau atau merah.

Epal, samada yang merah ataupun hijau, mempunyai tekstur yang rangup seperti bertih jagung. Kerangupan ini sesuai untuk memenuhi keinginan korang untuk mengunyah sesuatu. Taklah korang bosan nak makan bertih jagung setiap hari, betul tak? Membosankan betul!

Selain itu, buah-buahan juga dikatakan dapat membuat rasa dan bau rokok lebih kuat dan pahit.

3. Coklat Hitam

cacao-beans-and-dark-chocolate-30-weight-loss-tips-in-30-days-10-dark-chocolate-by-healthista.com_
photo credit : healthinsta.com

Kalau korang peminat coklat hitam, mesti korang suka bila tengok coklat hitam/dark chocolate ni dalam list kan. Bagi yang tidak tahu, coklat hitam sebenarnya kaya dengan pelbagai nutrien yang baik untuk kita seperti antioksida dan flavoid.

Antioksida adalah ejen yang membantu melawan radikal bebas dalam badan yang boleh menjadi barah. Flavoid pula merupakan metabolit tumbuhan yang menghasilkan antioksida.

Mesti korang terfikir bagaimana kedua-dua bahan ini dapat membantu korang berhenti atau mengurangkan kekerapan merokok?  Apabila merokok, kadar nikotin dalam badan yang tinggi akan membuatkan dopamin merembes keluar. Dopamin merupakan komponen kimia yang membuatkan korang berasa gembira.

Coklat hitam merupakan ejen rembesan dopamin semula jadi dan memberikan kesan yang sama seperti merokok. Daripada merokok, lebih baik korang makan coklat, betul tak?

4. Buah kering & kekacang

FotorCreatedP-7-686x600.jpg
photo credit : newwomanindia.com

Seperti yang dinyatakan dari awal tadi, apabila korang berhenti merokok, korang akan cepat berasa lapar & rasa sentiasa ingin mengunyah.

Oleh itu, korang perlukan sesuatu yang sihat dan mengenyangkan untuk dijadikan sebagai kudapan. Daripada makan makanan yang tidak sihat dan berlemak, buah-buahan kering & kekacang ialah pilihan yang lebih tepat kerana kaya dengan vitamin, mineral dan protein penting untuk badan.

Makan segenggam buah-buahan kering & kekacang dua atau tiga kali sehari dan perut korang kekal kenyang sambil pastikan mulut korang kekal sibuk.

Fikir Positif & Kuatkan Semangat

Pastinya ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Tetapi, apabila difikirkan balik, berhenti atau mengurangkan kekerapan merokok merupakan sesuatu yang baik, bukan sahaja untuk korang, malah untuk orang disekeliling juga.

Lagipun, semua makanan yang saya senaraikan di atas bukanlah makanan yang membosankan atau mahal, malah pada pendapat Hafiz, cukup menarik untuk dijadikan sebagai eksperimen dan melihat keberkesanan setiap bahan makanan tersebut dalam membantu korang mengawal rasa gian merokok.

 

Author: Hafiz Mahadzir

I'm Hafiz. I have a passion for food, travel and having fun. I hope to lead you to delicious and enjoyable experiences around the world. For enquiries or just to say hi, email me at hafiz.mahadzir@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.