Kelebihan Minum Air Suam Setiap Pagi

mediabogorairputih-800x400.jpg
photo credit : semuril.com

Masih ramai yang belum tahu akan kebaikan mengamalkan minum air putih setiap hari selepas bangun dari  tidur. Air putih juga boleh memberikan banyak manfaat dan pengaruh besar buat tubuh badan. Sekiranya ini dijadikan amalan etiap hari, korang pasti akan sangat berpuas hati dengan perubahan yang berlaku pada tubuh badan . Menurut sumber seperti healthline.com, tabiat selalu minum air putih setiap pagi boleh membantu mempercepatkan penurunan berat badan.

Suhu air panas yang hendak diminum setiap hari hendaklah tidak melebihi 50 darjah celsius pada sebelum dan selepas makan. Kadar kehangatan air panas juga boleh memberikan penghadaman yang lancar dan ia juga boleh memecah molekul lemak dalam makanan serta membantu memanaskan saluran usus yang boleh mengurangkan dari terkena sembelit. Menurut laman Lifehack, jika mengamalkan minum air putih panas setiap hari boleh memberikan kepuasan yang tidak dapat dijangkakan.

1. Anti penuaan

meminum-air-putih_1.jpg

Semua manusia dimuka bumi ini sudah pasti tidak mahukan diri mereka kelihatan tua dari umur. Tahukah anda, kandungan toksin yang ada dalam badan juga boleh menjadi penyebab kesan penuaan akan terjadi lebih cepat dari sepatutnya.

Bila tubuh badan sudah terkumpul dengan racun, risiko terdedah dengan penyakit adalah sangat besar. Namun air panas juga boleh membersihkan kesan racun dalam badan dengan mudah dan cepat.

Bkan saja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah amalan ini juga berfungsi bagi memperbaiki sel-sel kulit yang boleh menganjalkan lagi kulit.

2. Mengurangkan rasa sakit

cqbjz3qumgz1ghxdepqt.jpg

Ubat yang paling berkesan dan mujarab dalam mengurangkan kesakitan akibat mengalami kekejangan semasa datang haid adalah dengan minum air suam.

Air suam bukan saja boleh memberikan kelegaan pada otot abdomen malah ia juga boleh membantu mengurangkan kesakitan semasa haid.

Air suam juga bertindak sebagai ubat untuk semua jenis kekejangan ini kerana ia boleh meningkatkan peredaran kapiler serta membantu memberikan keselesaan pada otot-otok badan.

3. Membantu sistem penghadaman

01_hotwater_Surprising-Benefits-of-Drinking-Hot-Water_10126957-Baevskiy-Dmitry-760x506.jpg

Sekiranya korang mengamalkan minum air suam setiap pagi, ia boleh membantu merangsang sistem penghadaman dan membatu tubuh badan dalam menjalankann kerja pencernaan dengan lebih baik serta menghilangkan makanan.

4. Mengurangkan berat badan

Kerap mengamalkan minum air suam pada setiap hari adalah sangat terbukti berkesan. Air suam boleh meningkatkan suhu badan. Malah ianya juga memberi tindak balas bagi meningkatkan lagi sistem metabolisma dalam tubuh badan.

Aktiviti metabolik juga boleh meningkatkan keupayaan tubuh badan bagi membakar setiap kalori sepanjang hari.

benefits-of-honey-and-lemon-water.jpg
photo credit : dabur.com

Sekiranya korang selalu minum air suam dengan lemon, ia akan memudahkan sistem badan korang memecahkan tisu lemak badan.

Air suam yang dicampur dengan lemon juga boleh mengawal nafsu makan korang sebab ianya mengandungi serat pektin didalamnya.

Para Mestovas telah memberitahu pihak Harian Perubatan dan doktor juga mensarankan agar minum air suam setiap pagi dan rendamkan hirisan lemon yang kaya dengan kandungan polifenol ataupun dengan pengunaan teh merupakan pilihan yang terbaik bagi mengurangkan masalah radikal bebas dalam tubuh badan.

Seandainya korang sudah menjadikan rutin minum air suam setiap hari, ia merupakan pilihan yang tidak akan kecewa dan kesannya adalah sangat berbaloi untuk kesihatan.

Selamat mencuba…

Author: Hafiz Mahadzir

I'm Hafiz. I have a passion for food, travel and having fun. I hope to lead you to delicious and enjoyable experiences around the world. For enquiries or just to say hi, email me at hafiz.mahadzir@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.