Cara Untuk Menjimatkan Air Di Rumah

water flows from the tap to sink
Photo by Kaboompics .com on Pexels.com

Pernah tak korang bayangkan hiduo korang tanpa air? Tengah berus gigi tetiba takda air? Atau tengah mandi tetiba air berhenti? Susah kan? Macam ni lah yang akan berlaku pada masa akan datang jika kita secara berterusan membazir penggunaan air dalam kehidupan seharian kita. Setiap titisan air itu amatlah berharga. Cuma kita selalu ambil mudah sebab sehuingga ke hari ni bekalan air dirumah kita belum pernah terputus untuk jangka masa yang panjang. Kalau ada pun mungkin hanya beberapa jam atau paling teruk pun beberapa hari sahaja.

Dalam posting kali ni mungkin kita boleh nilai semula langkah2 kecil yang kita boleh mulakan hari ini. Jom kita tengok apa yang bleh kita buat di rumah untuk memulakannya.

1. Jangan guna air dari paip ketika basuh pinggan

cooking hands handwashing health
Photo by Burst on Pexels.com

Setiap kali lepas makan, kenalah pandai basuh pinggan yang dah digunakan. Tapi kena guna cara yang betul untuk elakkan pembaziran. Jangan guna air dari paip yang mengalir tanpa henti untuk membasuh pinggan. Sebaliknya sediakan satu besen berisi air. Ala yang macam kat kenduri-kenduri selalu kita nampak tu. Jimat pun jimat, mudah pun lagi mudah. Boleh basuh semua sekaligus.

2. Jangn mandi lama-lama sangat

black shower head switched on
Photo by Pixabay on Pexels.com

Ada orang yang boleh mencecah 20 minit. Tak salahkan untuk korang teliti membersihkan badan tetapi untuk menjimatkan air, apa kata selepas ini anda potong separuh masa anda mandi di bilik air. Kalau selama ini mandi setengah jam, cuba kurangkan jadi 15 minit sahaja. Ketahuilah korang tetap akan kekal wangi, jelita/kacak dan menawan sambil boleh berjimat dalam penggunaan air.

3. Basuh baju dengan muatan penuh

person adjusting control on front load clothes washer
Photo by rawpixel.com on Pexels.com

Kadangkala ada yang terlebih rajin sampai baju kotor 2,3 helai pun dah nak masukkan dalam washing machine untuk dibasuh.. Sabarlah dulu ya. Simpan dulu baju kotor tue sampai betul-betul full untuk dibasuh dengan washing machine. 3 hari sekali basuh baju memang cantik. Jangan tetiap hari basuh. Membazir air.

4. Baiki paip air sekiranya bocor

Kalau korang nampak air menitis tanpa henti daripada paip, itu tandanya paip kita bocor. Tapi kadang-kadang ada yang buat bodoh je. Jangan korang ingat setakat menitis setitik dua macam tu, bukannya membazir apa pun. Sebenarnya bila korang tak baiki kebocoran ini, jumlah air yang menitis tersebut boleh mencecah 15 liter sehari. Banyakkan? Bila nampak je bocor, teruslah baiki atau dapatkan bantuan segera untuk membaikinya ya..

Jadilah masyarakat yang bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan alam sekitar kita….

Author: Hafiz Mahadzir

I'm Hafiz. I have a passion for food, travel and having fun. I hope to lead you to delicious and enjoyable experiences around the world. For enquiries or just to say hi, email me at hafiz.mahadzir@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.