Pantang Larang Tahun Baru Cina

Selamat Tahun Baru Cina…

Untuk pengetahuan korang, sambutan Tahun Baru Cina ni bermula sehari sebelum tahun baru dan berakhir pada hari kelima belas. Masyarakat Cina percaya sepanjang tempoh tersebut, terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan bagi menghindari penyakit atau nasib malang.

Bagi  korang yang tak pernah mengetahui pantang larang ni, disini Hafiz kongsikan 6 pantang supaya korang tak tersilap atau melanggar pantang larang ni semasa korang  beraya di rumah rakan yang berbangsa Cina.

Dilarang Makan Bubur

bubur.jpg

Sepanjang tempoh perayaan, masyarakat Cina perlu mengelak bersarapan dengan bubur. Mereka dilarang bersarapan bubur kerana boleh menyebabkan seseorang menjadi miskin. Jadi korang janganlah bawa bubur ayam McD sebagai buah tangan, sebaik-baiknya beri buah-buahan atau hamper.

Adab Menggunakan Penyepit

chopstick.jpg
photo credit : everythingchopsticks.com

Kalau korang dijemput makan semeja, jangan sesekali mencucuk penyepit pada mangkuk nasi keadaan menegak!

Ini kerana ia kelihatan seperti membakar setanggi untuk memperingati orang mati…..

Jangan Menyapu

sweep.jpg
photo credit : thespruce.com

Kalau korang terjatuhkan makanan seperti kuih, jangan pandai-pandai nak menyapu kerana korang akan menyapu semua nasib baik dan kekayaan tuan rumah.

Oleh itu, pastikan korang tidak melakukan kesilapan ini dan mengutip makanan yang jatuh tadi.

Jangan Pinjam Duit

duit-bisnes
photo credit : suaraperak.com

Jangan pinjam duit tetapi kalau korang dah pinjam, ni lah masa yang paling terbaik untuk bayar balik duit yang korang pinjam tu! Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, hutang harus dilangsaikan sebelum malam Tahun Baru Cina supaya si penghutang tidak terbeban dengan hutang sepanjang tahun…

Tidur Lambat

men-sleep-after-sex.jpg
photo credit : besthealthmag.ca

Mengikut adat tradisional masyarakat Cina, semua penghuni rumah wajib tidur lambat bagi menyambut kedatangan Tahun Baru.

Adat ini juga dipercayai memanjangkan usia orang tua mereka…

Jangan Pecahkan Barang

dv766095

Jangan pecahkan barang seperti pinggan, pasu, cawan atau mangkuk! Perbuatan ini menyebabkan tuan rumah boleh kehilangan kekayaan.

Kesimpulannya, sebagai seorang rakan yang baik…rasanya tak salah untuk kita menghirmati kepercayaan rakan2 sekeliling.

20190213_153901_0001.png

 

Author: Hafiz Mahadzir

I'm Hafiz. I have a passion for food, travel and having fun. I hope to lead you to delicious and enjoyable experiences around the world. For enquiries or just to say hi, email me at hafiz.mahadzir@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.