Selepas melalui 17 jam perjalanan ke Bangkok dengan menaiki train dari Hatyai, kitaorg pun sampai di Bangkok.

Stesen Keretapi Hua Lamphong ni dibuka pada tahun 1916. Salah satu bangunan bersejarah yang masih beroperasi diBangkok. Untuk pengetahuan korang, stesen ni akan ditutup pada tahun 2021 utk dijadikan muzium. Semua operasi akan dipindahkan ke Bang Sue Central Station selepas itu. Jadi sebelum stsesen bersejarah ni ditutup, jom lah merasa pengalaman ni ok?

Kitorang sampai di Hua Lamphong atau Bangkok Railway Station ni lebih kurang kul 11 pagi(waktu tempatan). Dari stesen ni korang boleh terus ke stesen MRT Hua Lamphong atau kalau nak cepat, bolehlah guna teksi atau grab. Kitaorg guna grab untuk terus ke hotel yang Hafiz dah tempah sebulan lebih awal.

Nama hostel ni ialan Warm Window Silom(WWS). Jadi kalau korang first time ke Bangkok, Hafiz suggest korang cari hotel atau hostel yang dekat area Silom ni. Ada beberapa BTS station kat sini. BTS Saladaeng, BTS Chong Nonsi & BTS Surasak. Senang. Restoran halal pun ada cuma hari pertama kitaorg sampai tu, Restoran Ibu tu tutup. Rupanya dia tutup setiap sabtu. So lepas dah check in kat hostel & kecewa tengok Restoran Ibu tutup, kitaorg pun singgah kat salah satu restoran vegetarian yang berhampiran. Ok lah untuk alas perut. Nk sedapkan hati masing2, semua mengaku sedap sgt makanan kat situ..hehhe
Lepas lunch, kitaorang teruskan perjalanan ke stesen BTS Surasak yang terletak lebih kurang 10 minit dari WWS. Dari BTS Surasak ke BTS Saphan Taksin ni dekat je. Satu stesen je pun. Tambang dalam 16 baht. Dah sampai kat stesen Saphan Taksin ni, turun melalui exit 1 menuju ke jetty yang berada di bawah stesen Shapan Thaksin. Kalau korang nak jimat, cari boat yang ada bendera warna oren. Harga yang dikenakan antara 15 – 20 baht je. Jangan amik private boat atau express boat. Tanya dulu sebelum bayar. Dah naik boat tu nanti bolehlah korang enjoy pemandangan sekeliling. Kat Malaysia tak boleh dapat pengalaman ni. Bila dah sampai ke jetty N9 Tha Chang, silalah siap sedia untuk turun.. Dari jetty Tha Chang ni jalan kaki tak jauh untuk ke Grand Palace. Kitaorg sampai dah agak lewat petang, Grand Palace dah tutup masa tu. So kitaorg ambil gambar dari luar je lah.

Dari Grand Palace, kitaorang teruskan perjalanan ke Icon Siam. Untuk ke Icon Siam, korang boleh naik boat di jetty Tha Chang. Jetty yang sama masa korang turun tadi. Tanya je kat kaunter tu. Tambang seorang dalam 20baht jugak.



Kalau lapar korang boleh makan kat dalam Icon Siam ni. Di bahagian Sook Siam ni atau macam indoor floating market lah. Ada beberapa kedai yang jual makanan halal. So korang boleh lah makan kat sini. Kitaorang tak sempat nak makan kat sini. Tak lapar sangat masa tu…
Dari Icon Siam, kitaorg naik free boat untuk kembali ke stesen BTS Saphan Taksin. Destinasi berikutnya ialah Ratchada Train Market. Market ni ala2 macam kat uptown dulu2 lah. Ada banyak kedai jual barang2 vintage. Beberapa tahun lepas, banyak makanan Halal dijual kat sini tapi sekarang ni macam dah tak ada sangat. Mujurlah Hafiz terjumpa satu kedai yang hidangkan makanan Halal. Tak ingat nama kedai ni tapi kat bahagian dalam market ni lah. Alhamdulillah sedap.

Lepas dah kenyang, kitaorang pun terus lah balik ke hotel. masing2 dah penat seharian berjalan non stop… ada yang dah start buat muka masa ni..hahaha
Kos untuk hari ke2:
- Grab dari Hua Lamphong Train – WWS : RM3.80*
- Lunch : RM13.50*
- Train & BTS & Boat : RM20(lebih kurang)
- Dinner : RM21.40*
Jumlah perbelanjaan untuk hari pertama ialah RM58.70(*semua kos diatas telah dibahagi samarata)
Begitulah hari pertama… Nanti kita sambung dengan drama2 berikutnya…heheh