Seperti yang Hafiz ceritakan dalam posting Part 1, kali ni Hafiz nak kongsi pengalaman lebih kurang 17 jam dalam train Hatyai – Bangkok. Mental kena kuat nak travel jalan darat ni.
Untuk memudahkan perjalanan korang di Thailand, tiket train boleh dibeli secara online di ThaiRailwayTicket.com. Ini bermakna tiket ni korang boleh beli lebih awal dan dimana saja korang berada. Tiket untuk ‘sleeper’ train ni selalu sold out. Jadi eloklah korang beli sebelum perjalanan korang. Ada beberapa jenis pilihan untuk korang pilih dan yang paling popular ialah sleeper train. Tak sanggup kot nak duduk 17 jam atas kerusi.


Train kitaorg bertolak kul 6.45petang. Hafiz nasihatkan korang dah bersiap sedia kat stesen ni dalam kul 6ptg. Biasanya train ni sangat menepati masa. Sampai awal ni korang boleh la ambil masa sikit posing2 kat luar stesen ni sebagai kenangan kan.

Lepas train bergerak, kitaorg pun terus start makan. tak sempat nak ambil gambar makanan sebab terlalu lapar..ehehehe



Selepas melalui 17 jam perjalanan, kitaorang sampai lah ke Bangkok. Dalam posting berikut nanti Hafiz akan share itinerary ya..