Cara untuk ke Damnoen Saduak Floating Market dengan bas

Macam Hafiz dah janjikan sebelum ni untuk ceritakan pengalaman perjalanan ke Floating Market & Railway Market. Sebelum tu Hafiz nk ceritakan sikitlah pasal Damnoen Sadoak Floating Market ni. Dulu-dulu orang putih panggil Thailand ni sebagai Venice of The East. Sebabnya sudah pasti sebab kebanyakkan daripada urusan harian orang Thai dulu tertumpu di kawasan perairan. Sehingga ke hari ni di tengah kota Bangkok, korang boleh tengok betapa sibuknya Sungai Chao Phraya ni. Masih menjadi antara pilih penting untuk perhubungan di sekitar Bangkok.

Kalau korang pernah pergi Floating Market kat Hatyai, kat Bangkok ada lagi banyak floating market. Cuma kalau korang nak visit, make sure korang pergi Damnoen Saduak Floating Market. Sebabnya, yang lain tu tak meriah dan tak menarik sangat dan kawasan kecil. Jadi tak dapat korang nak menikmati pengalaman naik boat/sampan ni.

Damnoen Saduak Floating Market ni terletak di Daerah Ratchaburi. Jauh sikit dari bandar Bangkok. Jadi kalau nak ke floating market ni, korang di galakkan keluar awal pagi sikit. Untuk trip kali ni, kawan2 Hafiz pilih untuk travel secara budget. Maksud budget ni ialah tidak menggunakan pakej2 yang di sediakan travel agent. Dalam trip Hafiz yang sebelum ni, Hafiz gunakan travel agen, driver ambil bawah hotel & terus ke floating market ni. Harga pakej tu lebih kurang dalam 1000TB seorang. Jimat masa tapi tak jimat duitlah plak kan.

Untuk perjalanan DIY ni, memang sedikikt mencabar. Kalau korang dapat semua ahli yang sehaluan, Alhamdulillah. Tapi kalau ada sorang yang buat muka, moody dan sewaktu dengannya, banyak2lah bersabar. Bukan senang nak plan DIY trip ke Damnoen Saduak ni. Korang kena plan betul2. Sebab tak banyak maklumat cara-cara untuk ke floating market ni. Kalau ada pun, susah nak bayangkan apa yang ditulis tu sampailah korang rasa sendiri. Sedikit pesanan untuk korang yang nak travel berkumpulan di masa depan, jadilah ahli yang bertimbang rasa. Jangan buat muka moody atau buat perangai. Penat cakap, sakit cakap, lapar cakap. Ok done membebel.hahahha

Pagi kejadian plan nak pergi kul 7pagi. Tapi disebabkan ada ahli “majlis” meroyan dan moody, Hafiz pun delaykan sikit jadi kul 8.30 baru kitaorng keluar dari hotel. Dari Stesen Surasak, kitaorang menuju ke Stesen Victory Monumen(VM). Turun dari stesen VM ni, korang boleh lah jalan menuju ke arah bulatan di mana terletaknya Victory Monument Tersebut. VM ni ala2 macam tugu negara lah. Turun tangga di sebelah kiri dan disitulah terletaknya stesen bas untuk ke Southern Bus Terminal.

IMG-20190701-WA0021.jpg
ni lah dia Victory Monument tu…
IMG-20190701-WA0014.jpg
ni pulak bas 515 tu…
IMG-20190701-WA0012.jpeg
dalam bas 515 tu. oklah ada aircond.. orang pun tak ramai…
IMG_20190701_100955.jpg
ni lah dia Southern Bus Terminal

Ok masa kat sini agak mengelirukan. Tengok betul2 dan cari bas 515. Dah jumpa bas 515 tu naiklah.. nanti kat dalam bas tu cakap dengan konductor bas tu korang nak pergi Southern Bus Terminal. Murah jer tambang. 19TB jer. Walaupun tiket murah, tetap ada aircond tau. kira selesalah jugak. Orang pun  tak ramai. Perjalanan lebih kurang dalam 30 minit. Nanti dah sampai, konductor bas tu akan bagitau. korang pun boleh lah jugak2 tengok2 sepanjang perjalanan supaya tak terlajak pergi ke tah mana-mana kan.

IMG_20190701_102001.jpg
Ni kaunter tiket bas di aras 2. korang kena cari bahagian van. bukan bas…

Southern Bus Terminal ni besar macam ala2 Terminal Bersepadu Selatan kat KL lah. Kalau korang nak cepat, tak payah lah masuk dalam naik ke bahagian atas sebab kat atas tu untuk bas sahaja. Untuk ke Damnoen Saduak Floating Market ni, kena naik van. Kaunter van ni terletak di bahagian kiri dari pintu masuk utama Southern Bus Terminal ni. Dah jumpa kaunter, kitaorg pun beli tiket. 80TB je. Lepas tunggu dalam beberapa minit, kitaorang pun naiklah van dan perjalanan dimulakan.

Masa ni ahli2 jemaah yang lain terus start tido. Sedap diorang tido..hahaha Sepanjang perjalanan ni bolehlah korang tengok kawasan pembuatan garam dari air tasik. Nama kawasan ni Smuthsong Kram Salt Field. Luaslah jugak kawasan dia. Dalam perjalanan ni, van biasanya akan lalu di Amphawa Floating Market. Jangan turun kat sini. Sila tunggu sampai Damnoen Saduak Floating Market ok.

IMG_20190701_123410.jpg
ni lah kedai yang letak 1000TB tu. pekarja dia pun sombong..
IMG_20190701_123406.jpg
keluar dari kedai yang mahal tdi, korang kena jalan kearah kiri. part ni korang kena tengok keadaan persekitaran masa ni.

Van ni akan berhentikan korang kat satu tempat boat ni. Harga dia mahal namati. Jadi kalau korang jenis level2 jimat macam kitoarg, sila cepat2 keluar dari situ. Sepanjag perjalanan ni korang akan nampak ramai akak2 yang beratur nak jual pakej masing2. Harga diorang ni berubah2. Diorang akan buka dengan harga 1000TB. Pandai2 lah korang letak harga korang lak. Ada yang perna dapat sampai 350TB. Kitaorang dah malas nak jalan jauh, jadi bila ada sorang akak ni offer 600TB kitaorang terus setuju dan masuk. Perjalanan boat ni lbh kurang dalam 1 jam.

IMG_20190701_130430.jpg
Nasi goreng 200TB. sama macam harga dalam hotel.heheh

IMG_20190701_125118.jpg

Naik ja boat tu, perut terus lapar. Kalau korang nasi baik, korang akan terserempak dengan satu kedai jual makanan halal. Makanan sedap cuma harga mahal. Kitaorang order nasi goreng tom yam & pad thai. 1 hidangan 200TB. Harga macam makan kat hotel weh..aahaha nasib baik sedap… Masa kitorg sampai tu dah dekat 12 lebih. Banyak kedai dah tutup. Waktu paling meriah kat Floating market ni biasanya antara 9pagi ke 12 tghari. Masa atas boat tu kalau korang nampak prang menjual tu, tengok2 jer lah ya. Sebab biasanya harga barang kat Floating Market ni memang melampau sikit…hehhe

Lepas dah abis pusing2 selama sejam, kitorang pun bergegas untuk ke destinasi berikutnya iaitu Maeklong Railway Market.

Nanti posting berikutnya Hafiz akan kongsi secara details nak kesana dari floating market ni.

 

Author: Hafiz Mahadzir

I'm Hafiz. I have a passion for food, travel and having fun. I hope to lead you to delicious and enjoyable experiences around the world. For enquiries or just to say hi, email me at hafiz.mahadzir@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.