Jom kita tengok kedai-kedai kopi yang paling best bagi pendapat Hafiz untuk 2019 ni. nak pastikan best ke tak, korang pergilah cuba sendiri nanti ok.
-
Room203 @Publika
Photo credit : @room203 Bagi Hafiz ni memang antara kedai kopi pilihan Hafiz sejak beberapa tahun lepas. Kopi dia best, tempat simple dan yang paling penting harga kopi cuma RM5 jer. Jadi kalau korang tak tau cari tempat lepak best dan kopi tak mahal, boleh lah ke Room203 ni ok.
-
Kopenhagen Coffee @ Mont Kiara
Photo kredit : FB Kopenhagen Coffee Pilihan kedua Hafiz pula ialah Kopenhagen Coffee. Salah satu tarikan utama kat sini bagi Hafiz ialah hiasan dalam di kedai ni. Bila melangkah masuk tu jer terus rasa macam dah sampai Copenhagen. Sesuai untuk korang lepak-lepak. Cuma satu cabaran utama kat sini, ruangan tempat letak kereta yang agak terhad.
-
Podgy @ Bangsar
Pilihan ketiga Hafiz pula ialah Podgy. Mula dikenali dengan Podgy & the Banker yang terletak di Hartamas. Di lokasi baru ni Podgy terus tampil dengan hiasan dalam yang sangat dekat generasi hari ni. Sangat santai dan sesuai untuk dijadikan lokasi lepak yang best.
-
Pulp by Papa Palheta @ Bangsar
Photo kredit : FB Pulp by Papa Palheta Pilihan seterusnya ialah Pulp by Papa Palheta. Terletak di Bangsar. Lokasi ni merupakan bekas kilang percetakan terbesar di KL satu masa dulu. Selain dari hiasan dalam yang unik, terdapat pelbagai jenis pilihan kopi untuk dipilih.
-
Feebay.co
photo kredit : Feebay.co Yang ni lain sikit dari yang lain. Biasanya orang cari kedai kopi nak minum kopi & makan kek kan? tapi kalau Hafiz kesini pula ialah untuk dapatkan nasi lemak Feebay ni. Memang terbaik. Tak keterlaluan Hafiz katakan ni antara nasi lemak paling best kat kl.
Secara ringkas, apa yang Hafiz kongsikan ni sekadar pengalaman dan citarasa Hafiz. Korang mungkin tak suka dan tak kena dengan selera korang. Kalau ada komen dan cadangan, boleh lah tambah di ruangan komen dibawah ok.