Jakarta. Merupakan ibu kota dan kota terbesar di Indonesia. Jakarta juga pernah dikenali dengan nama Sunda Kelapa, Jayakarta, Djajakarta, Jacarta, Batavia hinggalah ke hari ni sebagai Jakarta.
Kali pertama Hafiz ke Jakarta adalah pada tahun 2007. Berbeza dengan percutian sebelum ni, kali ni Hafiz pergi secara solo. Jadi pastinya pengalaman yang berbeza. Sebelum Hafiz ceritakan pengalaman & itinerary perjalanan semua, Hafiz akan kongsikan cara2 budget untuk solo traveler ke sini. Salah satu cara paling mudah untuk berjimat kalau travel solo ke Jakarta ni ialah dengan menaiki bas dari Soekarna Hatta Airport ke Jakarta Pusat.
Jakarta hari ni pastinya sudah jauh berbeza jika kita bandingkan 5 tahun lalu. Sistem pengangkutan awam yang ada di Jakarta hari ini boleh dikategorikan sebagai agak baik. Pilihan dari bas, train, MRT dan juga perkhidmatan e-hailing seperti Gojek, GoCar dan Grab pastinya memudahkan perjalanan anda ketika berada di Jakarta ini.

Di Soekarna Hatta Airport ni ada 3 terminal. Hafiz tiba di Terminal 2. Bagi korang yang pertama kali ke Jakarta, flight AirAsia akan tiba di Terminal 2.
Bila dah selesai semua cari pintu arah ke arah terminal bas. Untuk lebih tepat pintu 2F. Dah nampak terminal bas tu nanti korang boleh bagi tahu kat staff di kaunter tu nak kemana. Memandangkan Hafiz nak menuju ke Jakarta Pusat, staff di kaunter tu cadangkan untuk naik bas yang menuju ke stesen Gambir. Tujuan Hafiz pilih stesen Gambir ni sebab berdekatan dengan Masjid Istiqlal dan Monumen Nasional Indonesia(Monas). Tambang sekitar Rp40,000. Kalau naik grab/gocar/taxi sekitar Rp100,000 – Rp200,000. Jadi kalau korang travel secara solo ni memang sangat berbaloi.
Senang jer kan? Masa perjalanan lebih kurang 1 jam jer. So next visit nanti boleh lah korang cuba. Bas Damri ni sangat selesa dan ada aircond ok.