Sapa yang dah biasa travel mesti faham betapa pentingnya kena ada chemistry dengan rakan travel ni. Kadang-kadang orang yang kita rasa dah cukup kenal pun boleh buat perangai yang kadang-kadang tu sukar untuk kita jangka.
Memilih rakan travel yang tepat sangatlah penting untuk mengelakkan rancangan korang tergendala dan bermasam muka antara satu sama lain. Berdasarkan pengalaman, Hafiz kongsikan serba sedikit panduan yang mungkin boleh membantu korang.

Kenali Diri Sendiri
Pertama sekali, korang harus kenal pasti ciri peribadi korang sama ada jenis dominant atau passive. Kalau korang jenis dominant tu, pastikan travel buddies korang jenis submissive. Kalau semua dominant memang huru hara lah perjalanan korang. Kalau semua submissive pun susah jugak.
Apa itu dominant? Dominant ini bermaksud korang jenis suka berkuasa atau mempunyai pengaruh kuat. Passive atau submissive ni bermaksud jenis yang senang ikut.
Walaubagaimanapun kalau semuanya bersikap dominant pun, korang boleh berbincang secara teliti siapa yang akan atur itinerary, tempat penginapan dan pengangkutan. Semuanya harus dirancang dengan teliti dan masing-masing perlu ada rasa sikap tolak ansur yang tinggi.
Ketahui Keadaan Kewangan Rakan-Rakan Travel
Adalah sangat penting untuk kita ambil tahu keadaan kewangan rakanrakan travel kita ni. Hafiz cadangkan korang berbincang terlebih dahulu angaran budget masing-masing. Jadi bila dah budget masing-masing ni senang nak rancang jenis penginapan & pengangkutan.
Dalam erti kata lain kalau kita ni jenis budget rendah, apakata kita travel dengan yang budget rendah jugak. Begitu jugaklah sebaliknya. Ada juga jenis yang berduit tapi sangat berkira untuk belanja membeli makan tetapi tak kisah untuk shopping.
Jadi pastikan korang kenal pasti budget masing-masing sebelum buat keputusan nak travel sama tu.
Kenali Cara atau ‘Lifestyle’ Rakan Travel
Ramai yang terlepas pandang bab ni. Kenalpasti style travelling korang seperti fully backpacker atau jenis bawa backpack tapi stay hotel ke, bawa beg trolley tapi stay hostel ke atau jenis luxury traveler. Bila dah kenal diri, maka pilih lah travel buddies yang paling sesuai supaya tidak ada conflict masa pemilihan penginapan nanti.
Hafiz pernah travel bercampur antara luxury dan backpacker. Biasanya kalau travel secara berkumpulan ni, Hafiz akan ikut majoriti. Travel sekali tapi dok hotel atau hostel yang berbeza pun bukanlah satu masalah. Asasnya ialah buat ikut kemampuan masing-masing. Sebenarnya, benda ini tidak jadi masalah sebenarnya asalkan semua pihak selesa dan ada sefahaman dan bukan kaki dengki dengan rakan yang lain.
Kalau korang rasa korang jenis queen atau diva yang ada cita rasa sukar nak difahami, silalah buat tempahan hotel sendiri. Bila kawan-kawan dah tolong book tu, janganlah complain itu ini tak kena. Sebab kawan yang tolong buat tempahan tu dah cuba sebaik mungkin memudahkan semua.
Beli Tiket Penerbangan
Bila nak beli tiket ni, kita kena ingat yang tak semua orang suka naik low cost airlines dan tidak semua orang suka membazir untuk tiket mahal. Bagi conflict seperti ini, cara penyelesaianya anda boleh berpisah menaiki flight pilihan dan berjumpa di airport atau di hotel.
Tak kisah lah pilih pengangkutan atau airlines apa yang korang pilih, perlu sentiasa ingat ialah tujuan utama ialah untuk sampai ke destinasi dengan selamat.
Rancang Itinerary
Lepas dah kenal pasti keperluan travel tu, sekarang kita beralih ke bahagian penting dalam travel, iaitu itinerary. Pertama sekali, tanya travel buddies korang tu, apa dia expect atau apa outcome bila trip nanti? Ada orang suka cities, ada yang suka scenery, muzium, arts, food, culture dan macam-macam.
Dari sini korang boleh susun mana attractions yang patut skip, mana yang patut fokus supaya semua orang boleh berpuas hati. Kalau ada pendapat, nyatakan pendapat masa dalam proses tengah buat itinerary. Bukan bila dah sampai destinasi baru lah korang nak share idea korang tu.
Bab Makan
Ni antara bab yang agak kritikal jugak. Kena tanya setiap ahli, jenis yang nk jimat makan maggi sepanjang masa ke, nak kedai yang ada HALAL guarantee ke, masak sendiri ke dan lain-lain lagi lah. Ingat, tentang makanan pon boleh ada isu. Ada yang pilih berjimat dengan masak untuk breakfast dan dinner. Makan di luar untuk lunch sahaja.
Ada juga jenis ikat perut waktu lunch, dan tidak lupa juga yang memang jenis makan kat luar setiap waktu. Ada yang jenis nak save budget, ada juga yang memang tak selera nak makan makanan asing.
Jadi, kenali tabiat permakanan travel buddy korang. Ingat, nak masak juga consume masa dan tenaga. Jadi, perlu berhati-hati dan selidik dahulu travel buddies anda jenis macam mana. Benda ni nampak simple tapi kalau tak bincang betul-betul boleh bawa masalah besar.
Timing
Ini paling penting apabila melancong bersama travel buddy. Ada yang jenis bangun lambat, ada yang jenis bila shopping lupa dunia, ada yang tak tahan panas, ada yang pantang jumpa benda pelik wajib singgah dan macam-macam lagi ragam manusia.
Jadi bila travel tu sama-samalah bertimbang rasa. Kalau nak buat ikut suka hati, sila travel secara solo.
Waktu Jalan Jalan
Tujuan utama travel ni pastinya keluar jalan-jalan atau melawat attractions. Ada traveler suka keluar seawal pagi, ada yang suka keluar lambat, ada yang suka keluar awal dan balik awal, ada yang suka keluar lambat dan balik lambat dan ada juga yang keluar pagi-pagi lepas itu balik rehat, refresh dan keluar balik pada belah malamnya.
Benda nampak kecil, tapi bab ni pun kadang-kadang boleh bawa kepada masam muka. Tanyalah pendapat kawan-kawan. Kalau badan rasa penat, baliklah hotel atau korang pergi lah berehat sendiri. Janganlah sebab korang penat, tunjuk masam muka tu kat kawan-kawan yang lain. Bertimbang rasalah.
Pengangkutan
Bila nak travel ni, tolong kaji dahulu ground transport tempat yang korang nak pergi tu. Accessible by public transport ke, senang dapat e-hailing car ke, senang dapat teksi ke atau boleh jalan kaki sahaja nak visit attractions.
Jadi, dari sini boleh berbincang method of transportation korang. Ada yang suka jalan kaki sahaja, ada yang suka naik pengangkutan awam dan ada yang suka naik teksi. . Apa-apa pun, tepuk poket, tanya bajet masing-masing.
Semua-semua yang ada diatas ni tersangatlah subjektif dan Hafiz akui sangat sukar untuk kita kenal pasti rakan travel yang tepat selagi belum travel sama-sama. Hafiz harap perkongsian ni sedikit sebanyak dapat bantu korang bila nak travel nanti.
Sebagai manusia ni kita tak sempurna. Jadi kita kenalah beringat untuk selalu bertolak ansur. Ringan-ringankan mulut untuk berterima kasih dan meminta maaf sepanjang perjalanan kita tu. Selamat bercuti 🙂