Cara Refund Tiket Bila Visa Tak Lulus

aerial photo of mountain surrounded by fog
Photo by icon0.com on Pexels.com

Bila kali terakhir korang travel? Seperti yang kita sedia maklum, kalau nak travel ni kena beli tiket awal kalau nak dapat harga murah. Terutamanya bila AirAsia buat promo. Mesti teruja nak beli tiketkan? Cuma persoalan yang selalu terlintas kalau beli tiket awalawal ni pula ialah apa yang akan berlaku sekiranya berlakunya kecemasan atau visa tak lulus kan.

Jom kita tengok langkah-langkah yang mungkin dapat membantu korang sekiranya visa tak lulus.

1. Hubungi pihak AirAsia melalui live chat dalam aplikasi AirAsia atau melalui Twitter. Terpulang kepada pilihan korang.

2. Korang kena maklumkan permasalahan iaitu visa tak lulus dan sertakan bersama screenshot visa refusal memo.

3. Pihak AirAsia akan minta nombor tempahan, nama dan butiran-butiran yang berkaitan.

4. Pihak AirAsia akan mengenakan caj pembatalan sebanyak RM140 untuk sehala dan selebihnya pihak AirAsia akan buat bayaran balik melalui credit account.
*Credit account ini korang boleh gunakan untuk beli tiket penerbangan selepas ini dan juga bayarkan tiket orang lain pun boleh. harap maklum yang credit account ini akan expired dalam masa 3 bulan. Akan tetapi, tidak menjadi masalah jika membeli tiket penerbangan lebih dari 3 bulan asalkan pembayaran dalam masa 3 bulan.

5. Pembayaran semula daripada pihak AirAsia ini adalah sangat cepat dimana hanya mengambil masa dalam 2 hingga 3 jam sahaja.

Jadi lepas ni kalau ada kes-kes seperti ni jangan cepat panic ok.  Kalau visa korang tak lulus nanti, apa kata korang cuba langkah-langkah yang Hafiz dah sertakan ni ok.

 

Author: Hafiz Mahadzir

I'm Hafiz. I have a passion for food, travel and having fun. I hope to lead you to delicious and enjoyable experiences around the world. For enquiries or just to say hi, email me at hafiz.mahadzir@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.