Tempat Menarik di Jakarta Pusat yang wajib dikunjungi dalam masa yang singkat

Sebelum ni Hafiz dah kongsikan macamana untuk korang bergerak dari Soekarno Hatta Airport ke Jakarta Pusat. Kali ni Hafiz nak kongsi apa yang korang boleh buat andai kata cuma ada masa yang terhad di Jakarta.

Jakarta ni memang besar tapi kalau ada batas masa tu, jom kita tengok apa yang korang boleh buat dalam masa yang singkat ni.

Hafiz nak kongsikan tempat-tempat menarik yang korang boleh lawati di Jakarta Pusat. Sesuai dengan namanya Jakarta Pusat, ia merupakan pusat perniagaan & pentadbiran kerajaan Indonesia. Jadi kalau korang cuma ada masa yang terhad, tempat-tempat yang Hafiz senaraikan di bawah ni wajib korang singgah.

Monumen Nasional (MONAS)

IMG_20190913_123909.jpg

Monumen Nasional atau Monas adalah ikon di Jakarta ni yang menjadikan antara destinasi utama yang dilawat pelancong. Monas adalah sebuah tugu dengan tinggi 132 meter dengan sebuah lidah api yang dibuat dengan emas di puncaknya. Terletak di Lapangan Medan Merdeka, Jakarta Pusat. Antara aktiviti yang dapat korang lakukan di sini ialah menikmati pemandangan dari puncak monas, antaranya melihat artifak sejarat Indonesia, berkelah bersama keluarga dan banyak lagi.

Masjid Istiqlal

IMG_20190913_132336.jpg

Masjid Istiqlal yang terletak tidak berapa jauh dari Monas merupakan tempat ibadah umat Islam. Masjid Istiqlal adalah masjid terbesar di Asia Tenggara dengan kapasiti sekitar 200,000 orang, menara setinggi 90 meter dan diameter kubah selebar 45 meter. Ramai pelancong  yang suka datang ke Masjid Istiqlal dengan tujuan mempelajari Islam. Kalau korang berkesempatan dan masa terluang masa di Jakarta, apa kata korang cuba solat Jumaat disini. 

Muzium Nasional (Muzium Gajah)

large-1024px-jakarta-indonesia-national-museum-01-d7d83371f37ef65ec3ba9177d4b6165a.jpg
photo credit : cosmopolitan.co.id

Muzium Nasional atau lebih dikenali dengan nama Muzium Gajah terletak di Jalan Medan Merdeka Barat, Jakarta Pusat. Lokasinya juga tak jauh dari Masjid Istiqlal. Ciri utama muzium ini adalah adanya sebuah patung gajah yang merupakan hadiah dari Raja Thailand dan diletakan di depan pintu muzium. Muzium Gajah menempatkan banyak artifak sejarah serta tengkorak manusia purba, dan lain-lain lagi dengan jumlah koleksi lebih dari 140,000 barang.

Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh korang lawati di Jakarta ni tapi memandangkan tajuk kita ialah melawat dalam masa yang terhad, Hafiz rasa 3 lokasi ni korang tak boleh tinggal.

Dalam post akan datang, Hafiz akan kongsikan Cara untuk ke Kota Tua Jakarta. Tunggu ya.

Author: Hafiz Mahadzir

I'm Hafiz. I have a passion for food, travel and having fun. I hope to lead you to delicious and enjoyable experiences around the world. For enquiries or just to say hi, email me at hafiz.mahadzir@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.