Korang pernah tak plan nak lepak malam weekend nak minum kopi dan makan kek tapi tak tau nak pergi mana sebab kebanyakkan kedai kopi dan kek ni tutup awal.
Secara logiknya sapa nak minum kopi malam-malam jadi mungkin sebab tu lah banyak kedai kopi tutup awal. Tapi tu dulu lah kot kan. Bagi kita yang tak minum minuman haram tu, malam weekend tu kadang-kadang nak jugak kat tempat lepak yang best selain dari lepak minum kopi kat kedai mamak kan.
Ok apa pun yang ada dalam fikiran korang, Hafiz kongsikan sedikit senarai yang mungkin boleh bantu korang buat pilihan nanti.
Huckleberry Food & Fare, Damansara Height

Ni antara favorite Hafiz. Selain dari dia buka sampai lewat malam, kek kat sini pun banyak yang best. Pilihan makanan pun best kat sini. Hafiz cadangkan kalau korang nak pergi lepak masa weekend tu, boleh call & book spot korang. Takut nanti dah sampai tak ada seat pulak kan.
VCR Bangsar @ VCR Bukit Bintang

Satu lagi tempat yang korang boleh minum kopi sampai lewat malam ialah VCR Bangsar atau VCR Bukit Bintang. Memang best & lawa cafe ni. Kopi diorang pun best…
Feeka @ Bukit Bintang

Kalau korang lepak santai dengan kawan-kawan, bolehlah orang singgah ke kafe Feeka ini. Kafe ini bertemakan minimalis tetapi sangat lawa. Korang boleh menikmati pelbagai hidangan brunch di sini seperti breakfast bowls dan pelbagai jenis pastri yang enak. Kopi kat sini pun best.
Nanti ada masa Hafiz buat review kedai2 lain jugak ok. Late ni masa terhad. Jadi kalau lepak on weekend tu biasanya kat kedai-kedai yang dah biasa. Nanti kita cuba tempat-tempat baru dan update ok.