Pernah tak korang check-in kat mana-mana hotel atau tempat airbnb dan rasa sedang diperhatikan? Jangan abaikan situasi tersebut dan adalah baik sekiranya korang berhati-hati kerana korang mungkin sedang diperhatikan melalui kamera tersembunyi di tempat penginapan korang tu.
Jom kita baca panduan-panduan yang korang boleh cuba nanti.
1. Tempat persembunyian
Kebiasaannya penjenayah akan menyembunyikan kamera ini di tempat-tempat yang sukar untuk dilihat mata kasar. Antara tempat persembunyian tersebut ialah pengesan asap, penapis udara, buku, hiasan dinding, kotak tisu, anak patung, kotak TV digital, penyangkut pakaian, pen dan juga almari.
2. Padamkan lampu
Sebelum korang masuk bilik tu, pastikan kesemua lampu telah ditutup. Kemudian, pasangkan lampu pada telefon bimbit dan suluhkan pada mana-mana tempat di ruang bilk tersebut.
3. Aplikasi Fing
Buka wifi di HP korang tu dan cuba kesan jika ada talian atau sambungan wifi yang pelik muncul kat HP korang tu. Hafiz cadangkan korang pasangkan aplikasi Fing di telefon.
4. Cabut wayar
Kalau korang syak terdapat kamera tersembunyi dalam bilik korang tu, cabut mana-mana kabel yang korang rasa merupakan kabel kamera tersembunyi tu.
Semoga panduan ni sedikit sebanyak dapat bantu korang di masa hadapan nanti….