
Pernah tak korang terfikir kenapa korang kena pastikan tingkap pesawat perlu dibuka sebelum mendarat? Bukan itu sajt, korang mesti tertanya degna beberapa peraturan-peraturan yang lain yang perlu dipatuhi. Antaranya adalah korang diminta untuk memakai tali pinggang keselamatan ketika pesawat mendarat atau berlepas. Korang juga diminta untuk melihat teknik keselamatan yang ditunjukkan oleh pramugara atau pramugari.
Salah satu sistem keselamatan yang simple tetapi rupanya mempunyai impak yang besar mengapa ia perlu dibuat. Membuka penutup tingkap sebelum pendaratan dilakukan.
Berdasarkan perkongsian pakar penerbangan John Walton, beliau berkongsi rahsia sebenar disebalik arahan ‘sila naikkan penutup tingkap anda sebelum mendarat..’ Kaedah tersebut bukan sahaja untuk memberi para penumpang satu pandangan yang baik ketika mendarat. Seperti perkara lain yang telah ditetapkan, ia adalah untuk keselamatan.
Menurut beliau, dengan membuka penutup tingkap tersebut, para penumpang akan memberi masa kepada mata mereka untuk menyesuaikan diri dengan tahap cahaya di luar.
Tambah beliau lagi, kabin krew dapat melihat secara keseluruhan apa yang terjadi diluar dan mampu untuk bertindak dengan pantas dalam apa jua keadaan yang memerlukan mereka untuk berada dalam keadaan sedia.
Setiap pesawat yang dibina perlu melalui ujian keselamatan dan kabin krew telah di latih untuk menghadapi segala kemungkinan.
Ketika latihan, mereka telah dilatih untuk menilai keselamatan yang berlaku di luar kapal terbang dan penumpang akan bertindak sebagai mata tambahan kepada kabin krew.
Jadi lepass ni janganlah tunggu sampai kena tegur dengan kabin krew baru nak buka tingkap ok 🙂