Taktik-taktik Scammer Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Travel Secara Solo

092

Sebelum ni Hafiz pernah share pengalaman solo trip Hafiz ke Europe kan? Jadi kali ni Hafiz nak kongsi kan serba sedikit tip yang boleh korang pertimbangkan kalau korang nak pergi Europe nanti. Bila travel solo ni kita mesti sentiasa bersedia & berhati-hati untuk melalui sebarang situasi.

Disebalik cerita yang dan gambar yang cantik-cantik yang selalu korang dengar dan lihat tu, tak semuanya indah sahaja ok. Ada sisi-sisi gelap tersendiri yang kita perlu sentiasa beringat dan berhati-hati.

Mungkin korang pun pernah dengar atau mengalami sendiri pengalaman ni semua kan. Hafiz pun pernah laluinya. Bila difikirkan balik, perkara macam ni biasanya berlaku atas kecuaian kita sendiri tanda disedari.

Hafiz kongsikan sedikit disini agar bermanfaat kepada kita semua.

1. Pura-pura ‘tourist

Ramai yang selalu terpedaya dengan taktik ni. Berdasarkan perbualan Hafiz dengan beberapa individu yang Hafiz kenal masa travel ni, masing-masing berkongsi pernah tertipu dan hampir tertipu dengan helah ni. Biasanya individu ni akan memperkenalkan diri sebagai tourist dan minta korang untuk ambil gambar atau mungkin bertanya soalan mengenai arah ke sesuatu destinasi. Tak salah untuk korang membantu, tapi perlu sentiasa ingat untuk memerhati keadaan sekeliling.

2. Pura-pura melanggar

Bila korang berada di metro atau dalam train, berhati-hati dengan beg korang kerana akan ada orang yang secara sengaja melanggar korang ketika memasuki metro/train ni. Biasanya masa mata korang tengah tertumpu tengok muka orang yang melanggar ni, ada je tangan yang cepat menyelup masuk ke dalam beg korang. Berdasarkan pengalaman rakan Hafiz, ada individu ni yang tumpahkan air ke baju rakan Hafiz semasa melanggar. Kemudian ada pulak individu lain yang datang kononnya nak membantu mengelap air yang tumpah kat baju tu. Masa dia alihkan tumpuan tu, cepat je tangan yang tumpahkan air tu nak tarik paper beg yang dibawa kawan Hafiz tadi(paper beg LV..hehhe). Nampak tak betapa liciknya taktik diorang ni.

3. Tanda tangan petisyen

Yang ni paling senang korang nak mengelak. Jangan layan jika ada pihak ingin meminta korang untuk tanda tangan petisyen kerana kemungkinan mereka ingin ambil perhatian anda sahaja sambil rakan lain buat kerja. Hafiz cadangkan korang tolak lah dengan baik dan terus beredar dari situ ok.

4. Harga barang yang mahal

Kalau korang ke Eifel Tower, akan ada orang jual selfie stick, keychain dan macam-macam lagi. Ada jugak yang kadang tu tawarkan nak jual harga tiket Eifel tower. Sebaiknya korang ke kedai yang berhampiran dan belilah tiket di kaunter untuk mengelakkan dari ditipu ok.

Secara amnya scammer ni bukan ada di Eropah sahaja. Di mana-mana pun ada. yang penting korang kena sentiasa berhati-hati.

 

 

Author: Hafiz Mahadzir

I'm Hafiz. I have a passion for food, travel and having fun. I hope to lead you to delicious and enjoyable experiences around the world. For enquiries or just to say hi, email me at hafiz.mahadzir@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.