Persediaan Sebelum Menunaikan Umrah

IMG_20200302_165439.jpg

Alhamdulillah, Hafiz baru balik dari menunaikan umrah. Satu perjalanan yang lain dari kebiasaannya. Banyak benda yang perlu dipersiapkan sebelum pergi menunaikan umrah ni.

Hafiz akan berkongsi serba sedikit pengalaman perjalanan kali ni. Bermula dari persediaan sebelum bertolak hinggalah selesai menunaikan umrah. Di harap perkongsian ni nanti dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Untuk posting kali ni Hafiz nak kongsikan persediaan untuk menunaikan Umrah. Tips-tips ni mungkin sangat berguna sekiranya ini merupakan Umrah korang yang pertama.

NIAT

Bagi Hafiz, niat ni tersangatlah penting. Kena jaga betul-betul dari awal supaya kita tak tergelincir kerana “Innamal a’malu binniat” iaitu sesungguhnya setiap perbuatan itu bergantung kepada niat. Kita perlu sentiasa beringat bahawa menunaikan umrah ni bukanlah seperti bercuti. Akhir ni kita tengok ramai yang sibuk berselfie depan kaabah semua tu kan sampai kadang tu ada yang terlupa tujuan asal ke Mekah. Kadang-kadang tu ada yang terlupa perbuatan selfie atau buat facebook live semua tu sehingga mengganggu urusan jemaah lain.

Hafiz tak kata yang bergambar itu menjadi suatu kesalahan, tetapi dibimbangi gambar-gambar yang dikongsikan di laman media sosial itu nanti akan mengundang perasaan riak dalam diri kita sekaligus menjejaskan niat dan ibadah yang kita lakukan. Jadi berhati-hatilah ok. Ingat bahawa kita buat umrah ni sebagai ibadah dan bukan riadah.

ILMU

Selain dari niat, Ilmu merupakan antara persediaan menunaikan umrah terpenting yang perlu kita miliki sebelum menunaikan umrah. Perlu untuk diketahui bahawa ibadah umrah mempunyai rukun-rukun yang perlu kita patuhi. Ilmu-ilmu berkaitan ibadah umrah ini boleh dipelajari secara teori dan praktikal sama ada melalui pembacaan buku, mengikuti kursus umrah yang biasanya disediakan oleh travel ejen secara percuma atau pun belajar daripada internet. Hafiz cadangkan kalau boleh, cubalah sertai kursus-kursus umrah yang disediakan travel ejen ni.

KEWANGAN

Rasanya korang pun boleh agak kenapa kewangan ni penting kan. Kalau kewangan tak mencukupi, macamana nak pergi umrah kan. Cuma pastikan lah sumber kewangan yang nak digunakan tu dari sumber-sumber yang bersih dan bebas dari sebarang sumber yang diragui.

IMUNISASI & KESIHATAN

IMG_20200315_112306.jpg

Semua jemaah umrah dan haji diwajibkan untuk suntikan imunisasi. Ini merupakan salah satu langkah pencegahan yang perlu dilakukan oleh bakal Jemaah sebelum berangkat ke Makkah. Ini kerana, suntikan vaksin dapat membantu bakal-bakal Jemaah mengelakkan diri mereka daripada dijangkiti wabak-wabak penyakit ketika berada di luar negara.

Untuk pengetahuan korang pihak berkuasa Arab Saudi telah mewajibkan pengambilan Vaksin Meningococcal Quadrivalent (ACYW-135) kepada mana-mana Jemaah yang belum pernah mengambil suntikan ini sebelum berlepas ke Tanah Suci. Ini bagi mengelakkan diri daripada terdedah kepada penyakit berjangkit dan boleh disebarkan kepada orang lain. Kebiasaanya travel ejen akan minta korang serahkan sijil vaksin ni 30 hari sebelum tarikh korang bertolak.

PASSPORT & VISA

Seperti yang kita sedia maklum, untuk mana-mana urusan penerbangan ke luar negara ni kita diwajibkan mempunyai passport sebagai pengenalan diri bagi mengelakkan kita daripada ditahan pihak imigresen. Bagi bakal Jemaah yang belum mempunyai passport,  bolehlah buat ataupun memperbaharui passport sedia ada di mana-mana cawangan Jabatan Imigresen di seluruh Malaysia. Korang jugak boleh perbaharui passport korang secara dalam talian.

Permohonan Visa Umrah pula korang boleh serahkan kat travel ejen yang selesaikan. Seperti sijil vaksin, korang kena serahkan passport ni sekurang-kurangnya 30 hari dari tarikh korang bertolak.

SOLAT

Sesungguhnya solat ni merupakan kewajipan semua umat Islam. Jadi, sebelum menjejakkan kaki ke Tanah Suci apa kata kita perbaiki kualiti solat kita dan tidak melengahkan waktu solat. Selain itu, kita boleh mula biasakan untuk solat berjemaah di masjid, disamping membiasakan diri dengan solat-solat sunat.

TAUBAT NASUHA

Taubat nasuha merupakan sejenis taubat yang sebenar-benarnya taubat dengan janji yang ditepati tidak akan mengulangi lagi segala perbuatan yang salah atau dosa tersebut umrah ini umpama mempersembahkan diri kita kepada Allah. Memandangkan umrah ni seperti perjalanan penyucian jiwa ke rumah Allah, adalah elok kita perbaiki diri sebaiknya sebelum bertolak.

BERSENAM

Bagi korang yang dah sedia aktif mungkin boleh skip bahagian ni. Kalau yang jarang-jarang bersenam atau dah lama tak bersenam tu, bolehlah mula untuk bersenam semula sebelum pergi umrah ni. Selain dapat meningkatkan stamina badan, bersenam juga dapat membantu kita untuk kekal cergas. Aktiviti seperti berjoging terutamanya dapat membantu kita membiasakan diri untuk berjalan kaki ketika melaksanakan ibadah umrah terutamanya sewaktu tawaf dan sa’i.

DOA & TAWAKAL

Selepas dah buat semua yang di rancang, hanya kepada Allah kita serahkan segalanya. Banyakkan berdoa dan bertawakkallah kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan ketika menunaikan umrah nanti. Semoga amal ibadah yang akan dilakukan nanti diterima oleh Allah s.w.t dan mendapat umrah yang mabrur.

 

 

 

 

Author: Hafiz Mahadzir

I'm Hafiz. I have a passion for food, travel and having fun. I hope to lead you to delicious and enjoyable experiences around the world. For enquiries or just to say hi, email me at hafiz.mahadzir@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.