Tips dan Tempat Menarik di Pulau Perhentian Kecil

Posting kali ni Hafiz nak share pengalaman bercuti kat Pulau Perhentian Kecil. Untuk makluman korang, Pulau Perhentian ni ada 2 bahagian iaitu Pulau Perhentian Besar & Perhentian Kecil.

Trip kali ni Hafiz ke Pulau Perhentian Kecil. Berdasarkan pengalaman, Hafiz lagi suka Perhentian Kecil sebab macam lebih rilex. Korang boleh pilih untuk resort mahal hinggalah ke tidur dalam khemah. Ikut budget korang lah kan.

Aktiviti utama yang biasa dilakukan di Pulau Perhentian ni ialah snorkeling atau scuba diving. Selain dari tu korang boleh jalan-jalan menikmati keindahan alam semula jadi di sini.

Hafiz senaraikan tips dan info tempat/aktiviti yang korang boleh buat di Pulau Perhentian:

1. Untuk ke Pulau Perhentian, korang kena naik bot laju di Jetty Kuala Besut. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit.

2. Kalau korang nak budget & jimat, korang bolehla bawa bekalan makanan & air mineral bersama. Harga yang dijual kat sini agak mahal dan biasanya 2 kali ganda harga biasa.

3. Pastikan korang tempah bilik penginapan terlebih dahulu untuk dapat harga yang berpatutan.

4. Musim percutian di Pulau Perhentian bermula dari Februari ke Oktober sahaja. Bulan selebihnya ditutup kerana angin monsun yang melanda pantai timur pada setiap tahun.

5. Peralatan untuk snorkeling dan jaket keselematan ada disediakan untuk disewa.

6. Waktu terbaik untuk snorkeling ialah pada tengahari dan ketika cuaca panas.

7. Lokasi untuk snorkeling ni korang boleh pilih. Ada pelbagai jenis pilihan yang disediakan. Antaranya Long trip, Short trip, Special Trip & banyak lagi lah. Bergantung kepada pengendali perkhidmatan. Korang boleh pre book ataupun boleh jer cari masa korang dah sampai Pulau Perhentian nanti.

8. Pulau Perhentian juga sangat terkenal dikalangan mereka yang gemar melakukan aktiviti scuba diving. InsyaAllah satu hari nanti Hafiz nak cuba.

9. Selain dari aktiviti air, korang boleh try untuk ke Kincir Angin yang terletak di Pulau Perhentian Kecil ni. Untuk sampai ke Kincir Angin ni korang kena mendaki lah sikit sekitar 20 – 30 minit. Pakailah pakaian yang bersesuaian ok. Cuaca agak panas dan kena ingat yang korang perlu mendaki ok. Oh ya, jangan lupa bawa air mineral bersama korang.

10. Kalau ada masa, sekiranya korang menginap di sekitar Long Beach. Korang boleh cuba untuk berjalan ke Coral Bay. Mengikut orang2 kat sini, Coral Bay ni tempat paling best kalau nak tengok sunset.

Selamat bercuti 🙂

Author: Hafiz Mahadzir

I'm Hafiz. I have a passion for food, travel and having fun. I hope to lead you to delicious and enjoyable experiences around the world. For enquiries or just to say hi, email me at hafiz.mahadzir@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.