Kebaikan Minum Kopi Dalam Kehidupan Seharian

photo credit : sevenpie.com

Sedar atau tidak, budaya minum kopi ni dah wujud sekian lama dan lama di negara kita. Mungkin hari ni ada lebih banyak variasi berbanding 20 tahun lalu.

Latarbelakang kopi di Malaysia….

Sedikit sejarah kopi di Malaysia, ianya pertama kali diperkenalkan sewaktu pembukaan kedai-kedai ‘kopitiam’ (‘kopi’ diambil dari Bahasa Melayu dan ‘tiam’ bermaksud kedai dalam dialek Hokkien) bermula di zaman penjajahan British. Diawal pengenalan kopi di negara kita, kopi di Malaysia dipanggang dengan mentega dan gula sebelum ditambah dengan air mendidih melalui penapis kain. Jadi kopi yang ada dinegara kita pada masa itu adalah berbeza dengan kebanyakkan negara-negara di barat. Nanti dalam posting lain, Hafiz akan kongsi jenis-jenis kopi yang ada di dunia ni.

Kopi pada tahun 2020….

Photo by Burst on Pexels.com

Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, sekarang ni ada pelbagai jenis kopi. Selain dari kopi tradisi yang kita ada dari dulu, budaya minum kopi yang dibru pun semakin berkembang disini dan tak lupa juga kopi segera 3 in 1. Tidak kiralah selera korang nak minum kopi jenis apa pun, samada di kedai kopi biasa, kedai-kedai kopitiam sehinggalah latte dengan lelehan caramel dan whipped cream sebagai penambah perasa kopi korang, rakyat Malaysia sememangnya gemarkan kopi! Secara purata, rakyat Malaysia meminum 2.5 cawan kopi setiap hari.

Persoalannya sekarang adalah adakah kopi memberikan kesan baik atau buruk kepada kita?

Sumber Kafein Utama

Kopi merupakan sumber utama untuk kafein, namun jumlah kafein sebenarnya berbeza dalam kopi yang anda minum; bermula dari hampir kosong sehingga lebih dari 500mg. Secara purata, secawan kopi mempunyai antara 95 – 180mg kafein.

Kebaikan Kafein

1. Bantu untuk kekal cergas

Satu cawan kopi biasa bukan sahaja mampu membantu korang kekal cergas tetapi juga boleh membuatkan minda kekal fokus. Kafein adalah perangsang psikoaktif yang meningkatkan kesedaran, perhatian, keupayaan untuk memberi tumpuan, dan meningkatkan tahap tenaga secara keseluruhan.

2. Meningkatkan Produktiviti

Kafein dikatakan mampu meningkatkan produktiviti seseoarang itu. Kafein dikenali sebagai penghalang reseptor untuk adenosin, satu kompaun di dalam otak yang menjadi punca keletihan dan mengantuk, oleh itu ianya mampu untuk meningkatkan prestasi fizikal dan mental. 

3. Menjadikan Emosi Lebih Baik

Satu kajian yang dilakukan oleh A. Nehlig menunjukkan bahawa pengambilan kafein secara berulang dalam kadar 75mg (bersamaan dengan 1 cawan kopi) boleh memberi kesan dalam perubahan emosi yang lebih baik. [1] Kajian juga menunjukkan kafein boleh membantu mengurangkan simptom kemurungan. [2]

[1] Nehlig A. (2010) Is Caffeine a Cognitive Enhancer?J Alzheimers Dis, 20(S1):85-94.

[2] Grosso G. et al. (2016) Coffee, tea, caffeine and risk of depression: a systematic review and dose-response meta-analysis of observational studies.Mol Nutr Food Res, 60(1):223-3.

Kopi Secara Berlebihan…

Berikut adalah kesan sampingan kalau korang minum kopi secara berlebihan:

  • Rasa gelisah dan gementar
  • Jantung berdebar-debar
  • Loya
  • Merasa bimbang secara tiba-tiba
  • Insomnia
  • Pening               
           

Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika anda mengalami simptom terlebih dos kafein yang serius.

Apakah yang dimaksudkan dengan KAFEIN?

Photo by Igor Haritanovich on Pexels.com

DECAF TIDAK SAMA DENGAN BEBAS KAFEIN

Kopi decaf masih mengandungi 3% kafein. Jumlahnya mungkin lebih kecil tetapi meminum 5 cawan kopi decaf atau lebih bersamaan dengan 1 cawan kopi berkafein biasa.

KOPI MEMBERI TINDAK BALAS YANG CEPAT

Bermula dengan secawan kopi pertama pada waktu pagi, kafein memasuki aliran darah dengan pantas. Satu cawan kopi mempunyai penyerapan kafein yang cepat ke dalam aliran darah di mana ianya mengambil masa lebih kurang 20 minit.

KESAN YANG BERBEZA

Daya penerimaan kafein biasanya bergantung kepada gaya hidup, metabolisme dan genetik korang. Jika metabolisme tubuh lebih tinggi, kafein yang terkandung di dalam kopi lebih cenderung untuk membuat korang berasa gelisah dan gementar. Mereka yang menderita penyakit darah tinggi, diabetes, masalah jantung, osteoporosis dan wanita hamil disarankan untuk mengelakkan atau mengurangkan pengambilan kafein.

MINUM KOPI SECARA BERPADA

Disebabkan kopi adalah minuman yang digemari ramai, kebarangkalian untuk orang berhenti meminumnya adalah rendah. Jadi, di sini Hafiz kongsikan 3 tips buat penggemar kopi untuk minum secara berpada.

1. Kawal pengambilan kopi

Pengambilan kopi secara sederhana adalah selamat, dan ianya boleh termasuk dalam sebahagian dari diet sihat oleh kebanyakan orang dewasa. Pengambilan kafein secara sederhana bersamaan dengan 400mg, atau 3 hingga 4 cawan kopi sehari. Untuk kesan yang lebih sihat korang disarankan mengambil kopi tanpa gula.

2. Tambah sedikit susu

Walaupun kopi hitam boleh merangsangan tenaga dengan pantas, menambah sedikit susu ke dalam kopi juga sebenarnya mempunyai beberapa manfaat kesihatan, seperti membantu pola tidur, keasidan dan pengambilan kalsium.

3. Pelbagaikan pengambilan kopi kepada teh

Terdapat beberapa manfaat kesihatan apabila korang bertukar daripada kopi ke teh sekali-sekala. Tidak seperti kopi yang boleh memberi kesan sampingan jika tidak meminumnya sehari, teh boleh membantu anda berasa lebih relaks sepanjang hari. Ianya juga mampu mengurangkan berat badan dan mengurangkan kadar kolesterol.

Photo by Valeriia Miller on Pexels.com

KESIMPULANNYA?

Persoalan adakah kopi baik atau buruk kepada kita ialah ambillah secara sederhana. Satu atau dua cawan kopi sehari boleh memberi anda manfaat kesihatan, tetapi pengambilan empat cawan atau lebih dalam sehari boleh memberi kesan negatif. Adalah lebih baik untuk mengambil kopi secara sederhana sambil memantau kesan kafein dan mengetahui had pengambilan yang sesuai dengan korang.

Author: Hafiz Mahadzir

I'm Hafiz. I have a passion for food, travel and having fun. I hope to lead you to delicious and enjoyable experiences around the world. For enquiries or just to say hi, email me at hafiz.mahadzir@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.